13 April 2011

Facebook

Beberapa hari lepas saya mengalami masalah untuk login akaun facebook saya. Tiba-tiba pula akaun facebook saya tidak wujud. Banyak kali juga saya try untuk login tapi hampa. Dalam hati sudah timbul macam-macam andaian. Takut juga kalau tiba-tiba akaun kena ceroboh walaupun dalam tu tidak ada maklumat penting tapi yang menggerunkan kalau tiba-tiba keluar ayat-ayat tidak senonoh di wall saya. Huh mesti kawan-kawan saya fikir saya sudah buang tebiat dan sewel. Saya try login akaun facebook adik saya, boleh pula masuk. Hurmmm...saya asyik terbayang kalaulah akaun saya betul-betul sudah kena ceroboh dan saya sudah tak boleh akses akaun saya lagi, terpaksalah saya ucap selamat tinggal facebook. Sedihnyaa.... Untuk buka akaun baru rasa macam malas pula, terpaksa cari dan add semula kawan-kawan dan terpaksa start CW, TI dan FV dari awal lagi nampaknya. Nasib baiklah, entah percubaan untuk kali yang keberapa barulah berjaya login. Bila berjaya masuk saya pun terus tukar guna https:// sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjamin keselamatan akaun tapi kalau kena ceroboh juga itu sudah takdir tapi kan lebih baik guna setiap cara yang ada. Bila guna https masalah lain pula timbul, setiap kali masuk mana-mana game atau kutip apa-apa bonus/point di wall, saya kena switch balik guna http. Kadang-kadang bila buka tab baru kena masuk password lagi untuk login. Dan ada masanya saya tak boleh publish pun apa-apa post di wall saya. Setiap kali saya click untuk publish di wall, mesti keluar perkataan 'error.' Sampai satu tahap saya betul-betul rasa bosan dan rasa mahu stop berkebun, memasak dan cari harta karun. Bagi membuang rasa bosan, saya mula merajinkan diri menjelajah blog-blog yang menjadi kegemaran saya selama ini. Sekadar membaca untuk membuang rasa bosan dalam hati. Saya kembali berblog, kembali membaca tulisan para blogger kegemaran saya yang sudah lama saya tidak jenguk. Rasa seronok. Saya tenggelam dalam keasyikan membaca hingga membuatkan saya terlupa sebentar pada CW, TI dan FV saya. Tapi tidaklah bermakna saya melupakan terus CW, TI dan FV saya. Mana mungkin saya lupa kerana hidup bersendirian di sini, aktiviti-aktiviti inilah yang menghidupkan suasana ceria saya selama ini. Selagi jari saya terdaya menekan tetikus, selagi itulah saya akan terus berada di depan laptop ini.

No comments:

Post a Comment