15 July 2018

Semangat Yang Hilang

Semalam 14 Julai saya betul-betul rasa lemah. Hilang seluruh kekuatan bila melihat bacaan tekanan darah masih tinggi iaitu 161/100, walaupun ada sedikit penurunan berbanding hari sebelumnya, iaitu pada hari Khamis, 12 Julai tapi penurunan itu masih berada pada peringkat yang tinggi. Bacaan tekanan darah saya pada waktu itu adalah 176/102. Sakit kepala memang kerap saya alami tapi biasanya tidak dalam tempoh yang panjang. Kali ini sakit kepala yang saya alami berlanjutan seminggu lamanya. Paling teruk saya rasakan adalah pada hari Khamis lepas, kepala berat berdenyut, rasa pening dan loya. Patutlah rasa seperti hendak pitam rupanya bacaan darah saya sangat tinggi 😢 Satu sifat buruk saya adalah tidak menghiraukan kesihatan diri sendiri dan paling malas ke klinik atau hospital. Kali terakhir saya ke klinik adalah pada bulan Januari 2015. 

Saya sangat berharap, tekanan darah saya akan kembali normal. Tidak sanggup rasanya bergantung dengan ubat-ubatan sepanjang hayat..



No comments:

Post a Comment