25 February 2011

Cuti

Hurmmm tak sabar rasanya menunggu 1 Mac. Rasa cam lambat betul masa berlalu. Rasa tak sabar balik kampung untuk bercuti selama 2 minggu dari 1-15 Mac. Sebenarnya bercuti atau tidak, rutin hidup saya tetap sama walaupun saya balik kampung. Tak ada bezanya. Saya lebih suka menghabiskan masa duduk di rumah daripada keluar tanpa tujuan. Bezanya bila balik kampung saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersembang dengan ibu bapa dan adik-beradik saya. Ibu bapa yang semakin uzur membuatkan saya ingin selalu ada di sisi mereka. Bersembang dengan mereka tanpa apa-apa topik khusus. Selagi terdaya, saya ingin sekali membuatkan kehidupan hari tua mereka lebih bermakna. Paling utama saya mahu mereka merasa bahagia dengan tahap kesihatan yang sentiasa baik. Adik-beradik saya ramai yang telah berumah tangga dan kebanyakkannya menetap di rumah masing-masing di pelbagai daerah. Keadaan ini kadang-kadang menimbulkan dilemma buat saya. Kadang-kadang saya terfikir siapa yang akan bersama dengan ibu bapa saya jika kami semua sudah memiliki kehidupan peribadi masing-masing. Dan kadang-kadang saya ingin mengambil keputusan drastik untuk tidak berkahwin demi ibu bapa saya. Saya rasa ini adalah pengorbanan paling besar yang saya lakukan untuk mereka berdua. Tidak mengapa kerana mereka telah bersusah payah membesar dan mendidik saya selama ini. Saya selalu berkata dalam hati, "satu hari nanti, tangan inilah yang akan menyuapkan nasi untuk mereka, memandi dan membersihkan tubuh mereka di kala mereka sudah benar-benar tidak berdaya melakukan semua ini..."

"Ya Allah kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah menyayangi dan mendidikku selama ini"



22 February 2011

Apa-apalah...

Kadang-kadang ada masanya kita mengharapkan setiap apa yang kita inginkan dapat dicapai dan diperolehi dengan mudah tanpa perlu melalui situasi yang menyakitkan. Kadang-kadang kita juga terfikir mengapa situasi ini berlaku lagi pada masa yang tidak tepat. Saya juga begitu, kadang-kadang saya benar-benar berharap berlaku keajaiban agar semua yang saya inginkan memihak pada saya. Saya sering beranggapan alangkah bagusnya jika situasi sering memihak dan meyebelahi saya. Tapi akal saya masih waras, sekeras manapun kita cuba untuk memaksa agar keadaan memihak kepada kita ia tetap tidak akan berlaku tanpa izinNya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita dan saya yakin Allah pasti punya rencana terbaik untuk saya. Walaupun sebelum ini saya sering memujuk hati saya supaya redha dan pasrah pada setiap ketentuanNya, ternyata bila berhadapan dengan situasi sebenar yang di luar jangkaan saya ia bukanlah suatu yang mudah untuk dihadapi apatah lagi jika terpaksa melalui dan menghadapinya sendirian tanpa sokongan emosi daripada sesiapa.

Saya mengaku kadang-kadang saya hipokrit, sering berpura-pura 'happy' dan saya sentiasa berjaya menyembunyikannya dengan senyuman dan gurau senda yang menghiburkan tapi hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati saya. Semoga saya akan kembali kuat menghadapi semua ini. Terima kasih kepada sahabat cyber saya yang pernah memberikan kata-kata singkat ini "Just Follow the Flow..." Kata-kata anda sangat bermakna buat saya. Saya menghargai persahabatan ini dan sangat berharap persahabatan ini tetap terjalin untuk selamanya sebab anda sahabat yang istimewa.


04 February 2011

Suara Hati


"Ya Allah aku mohon, berikan aku kekuatan dan ketabahan yang luar biasa dalam menghadapi perjalanan hidup yang penuh dengan ujian ini. Jadikanlah hati ini sentiasa tenang dan redha pada setiap ketentuanMu. Ya Allah, ampunkanlah aku, adakalanya aku benar-benar tidak berdaya menghadapi semua tekanan ini bersendirian. Aku mohon Ya Allah, tunjukkan aku jalan penyelesaian terbaik bagi semua ini dan permudahkanlah semua urusanku..."