25 February 2011

Cuti

Hurmmm tak sabar rasanya menunggu 1 Mac. Rasa cam lambat betul masa berlalu. Rasa tak sabar balik kampung untuk bercuti selama 2 minggu dari 1-15 Mac. Sebenarnya bercuti atau tidak, rutin hidup saya tetap sama walaupun saya balik kampung. Tak ada bezanya. Saya lebih suka menghabiskan masa duduk di rumah daripada keluar tanpa tujuan. Bezanya bila balik kampung saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersembang dengan ibu bapa dan adik-beradik saya. Ibu bapa yang semakin uzur membuatkan saya ingin selalu ada di sisi mereka. Bersembang dengan mereka tanpa apa-apa topik khusus. Selagi terdaya, saya ingin sekali membuatkan kehidupan hari tua mereka lebih bermakna. Paling utama saya mahu mereka merasa bahagia dengan tahap kesihatan yang sentiasa baik. Adik-beradik saya ramai yang telah berumah tangga dan kebanyakkannya menetap di rumah masing-masing di pelbagai daerah. Keadaan ini kadang-kadang menimbulkan dilemma buat saya. Kadang-kadang saya terfikir siapa yang akan bersama dengan ibu bapa saya jika kami semua sudah memiliki kehidupan peribadi masing-masing. Dan kadang-kadang saya ingin mengambil keputusan drastik untuk tidak berkahwin demi ibu bapa saya. Saya rasa ini adalah pengorbanan paling besar yang saya lakukan untuk mereka berdua. Tidak mengapa kerana mereka telah bersusah payah membesar dan mendidik saya selama ini. Saya selalu berkata dalam hati, "satu hari nanti, tangan inilah yang akan menyuapkan nasi untuk mereka, memandi dan membersihkan tubuh mereka di kala mereka sudah benar-benar tidak berdaya melakukan semua ini..."

"Ya Allah kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka telah menyayangi dan mendidikku selama ini"



No comments:

Post a Comment