Rasanya tidak perlu dijelaskan makna langkah bendul. Saya pasti semua orang tahu maksudnya. Bagi saya istilah langkah bendul hanyalah suatu istilah yang sudah tidak releven diguna pakai pada masa sekarang. Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Anda berhak untuk tidak bersetuju dengan pandangan peribadi saya. Jodoh adalah ketentuan Allah SWT. Allah yang berhak mengatur pasangan hidup yang dijanjikan buat kita semua. Itu janji Allah bahawa setiap ciptaanNYA dijadikan berpasang-pasangan cuma ia mungkin datang cepat atau lambat. Dan ia juga tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha dan doa yang berterusan. Kadang-kadang Allah mungkin menangguhkan doa seseorang itu atas sebab-sebab tertentu. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.
Berbalik pada soal mengapa saya tidak kisah pada istilah langkah bendul tadi. Ini kerana seperti yang saya jelaskan tadi soal jodoh adalah kententuan Allah. Jika jodoh si adik telah tiba lebih dulu daripada jodoh si kakak mengapa perlu dihalang jodoh si adik dengan alasan si kakak belum bertemu jodoh? Sampai bila si adik perlu menunggu si kakak bertemu jodohnya dan bagaimana pula jika si kakak adalah jenis kepala batu yang langsung tidak bersedia memikirkan soal jodoh dan kehidupan berumah tangga? Daripada berlaku hal-hal yang tidak diingini, lebih baik merelakan si adik melangkah bendul. Tidak kiralah berapa banyak bendul yang perlu dilangkah oleh si adik. Pada saya, zaman ini kita perlu berfikir secara kreatif dan terbuka. Minda harus terbuka tapi setakat buka minda juga belum memadai. Minda harus terbuka dan juga harus diselaraskan agar dapat memenuhi tuntutan semasa. Amalan-amalan dan adat-adat tradisi yang tidak menguntungkan mana-mana pihak lebih baik ditinggalkan...
~~~~~~~~~"Conservative but Modern"~~~~~~~~~
Tij..
ReplyDeleteJan kepala batu. :). Just joking..
hehehe...
ReplyDelete