17 April 2016

Jom Melancong

Seronoknya kalau berpeluang melancong ke luar negara. Entah bilalah agaknya impian untuk menjelajah ke bumi orang tercapai. Bila melihat gambar-gambar menarik dari seluruh negara di internet, hati ini pun mula berangan-angan melancong ke negara berkenaan. Baru-baru ini abang saya berpeluang melancong ke Jepun. Seronok melihat gambar-gambar suasana di Jepun yang dikongsinya bersama kami. Nah mari kita saksikan sebahagian daripada gambar-gambar itu. Tentu sekali bunga sakura tidak terlepas dari rakaman lensa abang saya. Kebanyakan gambar  yang diambilnya berlatarkan suasana alam. Alam menyimpan sejuta rasa tenang dan damai dihati bagi mereka yang cintakan alam semulajadi.