31 March 2016

Alam - Senja Yang Mendamaikan

Dua suasana yang paling saya suka perhatikan adalah suasana di waktu pagi yang dingin. Melihat guguran embun yang jatuh ke atas dedaun seakan meninggalkan rasa sentimental yang mendalam di hati. Begitu juga dengan suasana petang yang redup dan menyamankan. Melihat matahari jatuh di kaki langit seolah mengkhabarkan suatu cerita perjalanan panjang hidup manusia di siang hari tadi. Hati juga mudah terusik melihat kawanan burung-burung terbang kembali ke sarang. Damai dan menenangkan. Saya kongsikan di sini gambar-gambar senja yang dirakamkan oleh lensa kamera abang saya. 




" Selamat Menikmati Hari Anda "

Cerita Bunga Lagi

Hehe banyak betul cerita pasal bunga.. Biasalah wanita dan bunga kan sinonim. Nah saya kongsikan lagi bunga-bungaan yang ada di halaman rumah saya di kampung. Sebahagian besar bunga-bunga ini adalah hasil tanaman oleh arwah bapa saya.









Jom Tanam Bunga

Bagi mengisi masa yang banyak terluang, saya lebih suka menanam bunga, berkebun dan belajar menjahit. Baru-baru ini ramai yang terkena demam rose jepun, tidak terkecuali diri saya dan adik saya. Rose jepun adalah bunga yang sangat senang ditanam dan dijaga serta cepat berbunga. Seronok sangat bila melihat pokok-pokok yang ditanam mula mengeluarkan bunga-bunga yang cantik di awal pagi. Hati rasa tenteram dan seronok. Di sini saya kongsikan antara bunga-bungaan yang saya tanam di halaman kuarters rumah saya.