31 January 2010

Stress & bunuh diri



Ketika berhadapan dengan masalah dan tekanan hidup apa yang anda lakukan?Aku percaya setiap kita punya masalah masing-masing.Masalah kewangan, masalah keluarga, masalah dengan kawan sekerja, masalah kesihatan dan pelbagai lagi masalah peribadi yang membelenggu kehidupan kita di muka bumi ini. Selagi bernyawa, kita tidak akan pernah lepas dari berhadapan dengan pelbagai masalah. Sebagai orang Islam kita tentunya akan berbalik kepada Qadha dan Qadar Allah swt, bahawa setiap yang terjadi adalah atas ketentuannya untuk menguji kekuatan mental kita. Mereka yang hatinya sentiasa redha menerima ujian Allah pasti dapat menghadapinya dengan tenang. Namun seringkali ada juga yang mengambil jalan singkat dengan cara: BUNUH DIRI. Ya, itulah yang terjadi sewaktu aku balik kampung beberapa hari lepas. Petang itu ketika duduk bersantai di beranda rumah dengan adik, kami tiba-tiba dikejutkan dengan tragedi bunuh diri itu. Aku sendiri tidak pasti apa yang membuatkan dia nekad mahu menghabiskan riwayat hidupnya sedangkan anak-anak masih memerlukan kasih sayangnya. Keadaannya ketika itu sungguh menakutkan, ibarat nyawa-nyawa ikan. Si isteri tidak henti menanggis sambil memangku anak kecil mereka. Sebenarnya aku sendiri tidak mengenali siapa orang itu. Ahli keluarganya datang ke rumah memohon bantuan. Laki-laki itu kemudiannya dikejarkan ke hospital petang itu juga. Dia cuba menghabiskan riwayat hidupnya dengan meminum entah berapa liter racun rumpai! Semoga dia selamat dan diberikan peluang sekali lagi untuk menebus kesilapannya.

24 January 2010

Untuk Adikku

***Coretan ini sekadar utk tatapan adikku yang ketika ini sedang bersedih***

Salam sayang..
Adikku,
Jangan sesekali berputus asa menghadapi ujian hidup ini meski di dalamnya ada pelbagai onak dan ranjau berliku.Kuatkan semangat dan azam untuk terus melangkah ke hadapan.Kau yang kukenali bukanlah seorang yang mudah berputus asa.Aku yakin kau masih seperti itu.Cuma adakalanya suasana persekitaran sering melemaskan kita.Pandanglah jauh pada kehidupan hari-hari mendatang yang akan kita lalui.Segala peristiwa yang berlaku pada hari semalam,biarkan terus berlalu kerana yang berlalu akan terus berlalu meskipun kita sering mengingatinya.

Adikku..
Simpanlah airmatamu.Usah menanggis dan berkeluh-kesah.Percayalahlah segala kesulitan yang kau alami saat ini, hanyalah suatu permulaan.Lambat-laun ia akan berakhir juga.Jangan terlalu menghukum diri.Setiap orang yang berjaya bermula daripada kosong tapi dengan rasa ingin tahu yang menebal ia akan berjaya juga akhirnya.Adikku,aku juga pernah menempuh saat getir dalam hidup.Meskipun peristiwa itu agak pahit untuk dilalui, tapi ternyata bila semuanya telah berakhir ada 1001 hikmah tersembunyi.Dari peristiwa-peristiwa itu,aku belajar memperbaiki kelemahan diri.Belajar untuk menjadi lebih kuat, tenang dan bersemangat.Adikku, ketika rasa sakit hati menghantui jiwa, kita sering melihat sesuatu yang terjadi dari sudut yang negatif.Untuk itu, belajarlah menilai sesuatu yang terjadi dalam hidup kita dari sudut yang positif.Allah tidak menjadikan sesuatu peristiwa tanpa sebab.Rasa marah, sakit hati, kecewa dan putus asa tidak akan mengubah apa-apa.Ia bahkan akan semakin melemas dan mengusutkan lagi akal sihat kita.

Adikku,
Jangan takut mengakui kesilapan-kesilapan yang kita lakukan.Kesilapan-kesilapan yang hadir dalam hidup kita sebenarnya adalah suatu bentuk pembelajaran tidak formal.Jangan merasa rendah diri atau tertekan bila staff yang lebih senior menegur kesilapan kerja yang dilakukan.Jangan juga ambil peduli bila ada staff yang sengaja cari pasal.Terima saja hakikat itu.Butakan mata,tulikan telinga dan teruskan usaha untuk mencapai dan melakukan yang terbaik.Semoga yang terbaik adalah milik kita bersama.Hargailah setiap peluang yang hadir.Kita semua pernah menemui cabaran dan saat getir dalam hidup tapi dalam situasi-situasi yang berbeza.


Take care.Love & missed u all the times

02 January 2010

2 Jan 2010

2 Januari suatu tarikh bermakna kerana saat itulah aku celik dan mula mengenal dunia serta ragam manusia.Tapi seingat aku, aku tidak pernah mengadakan sebarang sambutan setiap kali 2 Januari tiba. Aku memilih kesederhanaan dan menolak tepi perkara yang remeh temeh. Mengapa perlu dibazirkan wang ringgit untuk merayakannya? Bukankah yang lebih utama adalah kita menadah tangan memohon pada Allah agar terus diberi peluang untuk hidup sehingga 2 Januari akan datang lagi? Aku sangat bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas di muka bumi ini dan seterusnya dapat terus menyaksikan ketibaan 2 Januari 2010. Semoga tahun ini membuka lembaran baru yang lebih bermakna berbanding tahun-tahun yang telah ditinggalkan sebelum ini. Semoga pintu rezeki terbuka luas buat kita semua dan diberikan kesihatan diri yang lebih baik.