28 December 2009

Selamat Tinggal 2009

Selamat tinggal 2009.Segala peristiwa yang dilalui sepanjang tahun ini akan kekal sebagai suatu kenangan yang akan selamanya dikenang, samaada ia suatu yang pahit dan melukakan atau ia suatu yang manis-semuanya akan tetap dikenang dan menyatu dalam lipatan sejarah. Selamat datang tahun 2010, yang pastinya menimbulkan 1001 teka teki di minda masing-masing.Setiap kali tahun baru membuka tirainya, setiap kali itulah akan timbul persoalan tentang apa yang akan berlaku pada diri kita untuk sepanjang tahun tersebut. Satu hal yang pasti terjadi ialah usia semakin bertambah.Kita semakin tua, letih, tidak berdaya dan semakin tiba pada penghujung kehidupan.Renungkan semula, sepanjang tempoh kehidupan ini, adakah kita telah mempergunakannya sebaik mungkin? Apakah selama ini kita telah menemukan jawapan pada setiap persoalan yang bermain di kepala kita?

Semoga ada sinar bahagia untuk kita semua-kerjaya/rezeki, kesihatan dan kehidupan peribadi. Apa pun masalah yang dihadapi,hadapilah dengan tenang.Jangan sesekali berputus asa.Kuatkan semangat, bulatkan tekad. Kita harus sentiasa cekal, kuat dan berani menghadapi cabaran. Mereka yang hebat ialah mereka yang mampu bangkit dan tersenyum semula walau berapa banyak dugaan dan kekecewaan ditempuhi...


SELAMAT TAHUN BARU 2010

11 December 2009

Semangat

Perjalanan hidup ini tidak selalunya indah mengikut apa yang ada dalam angan-angan kita. Orang yang hebat adalah dia yang mampu bangkit semula setelah mengalami pelbagai kisah duka, kekecewaan dan kegagalan. Bangkit semula dengan tekad dan semangat membara untuk kembali berjuang meraih kejayaan dan menjadi ulung. Bicara tentang semangat, ia harus dimiliki oleh semua insan yang benar-benar ingin mengubah haluan hidup. Semangat merupakan antara elemen terpenting dalam mencapai kejayaan. Semangat yang lahir dari dalam jiwa akan menggerakkan seseorang untuk berusaha sedaya mungkin mencapai apa yang diingini. Cuma satu, dalam kita terlalu bersemangat, jangan sampai melupakan hal-hal lain dalam hidup ini.Nikmati hidup ini dengan rasa semangat yang membara dan nikmati juga hidup ini dengan rasa bahagia dan ceria. Kedua-duanya perlu seimbang agar hidup ini tidak terlalu hambar dan kosong.Hanya kita yang tahu mentaliti dan attitude kita yang sebenar.Kepada mereka yang telah kehilangan semangat hidup dan berada dalam keadaan putus asa, saya doakan semoga mereka temui semula semangat dan kekuatan diri yang telah hilang.

09 December 2009

Pilihan di Tangan Kita

Dalam hidup, kita selalu ada 2 pilihan: positif atau negatif, hitam atau putih, ceria atau sedih, kaya atau miskin, sabar atau baran, dosa atau pahala dan ada banyak lagi pilihan. Mengapa perlu bermuram sedangkan kita ada pilihan untuk menjadi ceria. Kuatkan semangat dan sabarkan hati walau apa pun yang terjadi. Pandanglah kehidupan ini dari sudut positif. Untuk kembali bersemangat, ceriakan hati dan lupakan segala kisah lalu yang melukakan. Memang bukan mudah untuk melupakan kisah-kisah lalu yang telah sebati dalam kehidupan kita tapi percayalah usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil. Percayalah setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi namun adakalanya kita gagal mentafsir makna di sebalik semua kejadian yang menimpa kita. Kita sering menyalahkan takdir bila menemui kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Kita jadi cepat marah, muram dan tidak bersemangat. Rasa marah, muram dan tidak bersemangat tidak akan membawa kita ke mana-mana. Bersama-samalah kita pertingkatkan kekuatan diri agar tidak mudah berputus asa menghadapi apa pun cabaran yang mendatang. Semoga kualiti diri dan kehidupan kita akan bertambah baik dari hari ke hari. Kitalah yang berhak mengatur corak kehidupan yang kita inginkan samaada kita memilih untuk gembira atau bersedih. Semua pilihan terletak di tangan kita.

03 December 2009

Mutiara Kata


"Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda amat merindukan seseorang, sehinggakan anda ingin mendapatkannya dalam mimpi anda dan memeluknya erat-erat. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya mempunyai satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda sukai.."




" Cuma seminit masa diperlukan untuk jatuh hati, satu jam untuk menyukai seseorang dan 1 hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang "



"Seluruh kehidupan yang sedang kita lalui adalah ujian. Sebanyak mana pun ujian yang harus ditempuh, hadapilah dengan semangat dan azam yang kukuh.Putus asa dan keluh-kesah hanya akan melemahkan kita"

23 November 2009

Tentang Aku


Aku yg sekarang dgn aku yg dulu amat berbeza. Dulu aku terlalu serius, pendiam dan jarang tersenyum, kini sebaliknya. Ini mungkin kerana faktor kemiskinan keluarga. Kemiskinan memberikan tekanan yg hebat kepada kami adik-beradik. Alam kanak-kanakku juga tidak seindah mana. Aku dilahirkan dlm suasana yg sangat daif dan miskin. Baju yg kami pakai atas ihsan org kampung. Sejak usia 7 tahun kami sudah diajar hidup berdikari. Aku yakin tidak ada yg percaya dlm usia mentah itu, kami adik-beradik turut sama bekerja di sawah padi atau adakalanya ke kebun. Kami tidak pernah meluangkan masa bermain dengan kawan-kawan. Ia bukan saja disebabkan oleh bebanan kerja yg terpaksa dilakukan tetapi juga disebabkan oleh kongkongan bapa yg sangat tegas. Aku pernah memberontak, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap emakku tapi apalah yg mampu dilakukan oleh emakku.

Kata-kata bapa yg paling aku ingat ialah anak-anak perempuan tidak akan dibenarkan keluar dari daerah ini walaupun utk menyambung pelajaran..' Waktu itu aku dlm tingkatan 1. Betapa kecewanya aku dgn sikap bapaku. Tiada sebarang respon aku berikan pada kata-katanya. Dalam hati aku berkata, satu hari nanti, aku akan keluar & pergi jauh dari sini. Bukan utk bertindak biadab tetapi utk mencapai sesuatu kita harus keluar dan harus berani bertindak. Alhamdulillah segalanya berjalan mengikut apa yg aku rencanakan sedari awal. Sebenarnya terlalu banyak kisah kemiskinan yg aku lalui tapi susah untuk diluahkan dengan tulisan. Zaman kanak-kanak dulu, impianku adalah utk memiliki patung teddy bear yang besar dan cantik tapi kini impianku hanyalah untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan dgn semua org. Aku ingin semua org yg berada di sekelilingku, menikmati hidup ini dengan rasa gembira & ceria. Walaupun aku tidak mampu membantu dari segi kewangan dan tenaga, tetapi aku harap Tuhan menunjukkan aku cara yang lain untuk menghulurkan bantuan

"Kalau kita tidak dapat memberikan bantuan dari segi tenaga dan wang ringgit, bantulah dengan memberikan doa ikhlas untuk orang-orang yang memerlukan. Siapa tahu doa itu mampu melapangkan masalah yang sedang dihadapinya. Kalau dengan doa pun sukar untuk kita lakukan, berikanlah senyuman yang paling ikhlas. Siapa tahu senyuman itu mampu memberikan ketenangan pada orang-orang yang hatinya sedang bersedih. Lemparkan saja senyumanmu yang paling manis dan ikhlas kerana ia merupakan huluran bantuan yang tidak memerlukan kita mengeluarkan sebarang wang ringgit dan tenaga
.."
Dari apa yang aku lalui, kemiskinan bukanlah pengakhir kehidupan, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, ia memerlukan semangat dan kekuatan dalaman yang luarbiasa. Kalau kita mengalah dan menyerah pada takdir, nescaya kemiskinan itu akan diwarisi oleh generasi berikutnya. Sesungguhnya kemiskinan itu mengajar aku agar lebih menghargai orang-orang yang ada di sekelilingku. Miskin itu indah jika kita tahu menilainya dari sudut positif. Sesungguhnya mereka antara orang yang sangat beruntung, mereka menikmati zaman kanak-kanak & zaman remaja yang indah berbanding dengan kehidupan yang kami adik-beradik lalui.

15 November 2009

Cerita Hidup
















"Hidup adalah sebuah cerita. Semuanya akan datang dan pergi sesuai dengan waktu yang telah ditentukan Tuhan. Apapun bentuk kehidupan yang kita lalui, berikanlah yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk semua."


14 November 2009

Bad weather @ bad mood




Bad weather hari ini (14Nov2009). Bila bad weather, mood kerja pun jadi bad. Sekejap-kejap hujan :-( Tapi hujan itu rahmat Tuhan. Bila hujan sepanjang hari, langit nampak mendung, gelap. Awan stratocumulus dan sirrocumulus banyak kelihatan di langit, hampir meliputi keseluruhan ruang langit. Bila tengok awan, aku mesti teringat pada seorang kawan yang suka merenung dan mengambil gambar awan dan bulan. Aku suka bintang. Aku suka merenung bintang pada waktu malam. Bintang yang banyak berkelip di langit pada waktu malam dapat membuatkan aku rasa sangat ceria dan bahagia. Waktu kanak-kanak dulu, aku sampai termimpi-mimpi melihat bintang yang sangat banyak bertaburan di dada langit. Suasana yang sangat indah dan manis sekali bila dikenang semula. Sahabatku,walaupun kita suka pada benda yang berbeza, hakikatnya kita sama-sama suka merenung langit.



11 November 2009

Mutiara Kata

11 Nov 2009

" Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, terimalah kenyataan itu. Sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.."

" Ada dua titis airmata mengalir di sebuah sungai, Satu titis airmata itu menyapa air mata yang satu lagi. Saya airmata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula? Jawab titis air mata kedua, saya airmata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.."



" Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Bangkit dan binalah kembali apa yang telah hilang dan pergi..."


07 November 2009

Thinking Of You

7 Nov 2009


" When u're lonely, remember it's true somebody somewhere is thinking of you..."

Ketulusan & keikhlasan bererti kita tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita.

06 November 2009

Cinta & Airmata



" Pernah ada rasa cinta antara kita, kini tinggal kenangan. Ingin kulupakan semua tentang dirimu namun tak lagi kan seperti dirimu ooo bintangku. Jauh kau pergi meninggalkan diriku, di sini aku merindukan dirimu.."


Rasa cinta dan dicintai itu sememangnya hebat. Cinta membuatkan jiwa menjadi lebih halus dan sensitif.

29 October 2009

Adik,Cekalkan Hatimu

Adik-adikku, jangan biarkan hari-hari yang kita lalui terasa kosong dan suram. Kita harus berani menghadapi realiti. Kita juga harus berani bangkit semula meskipun pelbagai ujian dan cabaran getir menanti di setiap lorong kehidupan yang kita lalui. Tiada gunanya membiarkan airmata jatuh berguguran dan menyesali takdir yang terjadi. Jadilah manusia yang hatinya cekal bukan kepalang. Jangan biarkan emosi menguasai fikiran. Kepada mereka yang sedang patah hati, simpanlah airmatamu. Percaya dan yakinlah bahawa disetiap kegetiran yang ditempuh, ada bahagia yang sedang menanti....

Dan kepada mereka yang patah hati kerana cinta tidak kesampaian,usah berlagu hiba.Persiapkan diri untuk menjadi lebih kuat dan tabah. Cinta itu memang indah dan buta. Cinta itu juga penuh dengan nilai-nilai abstrak dan suspen yang adakalanya sukar untuk kita jangkakan kesudahannya. Adakalanya cinta itu membuatkan kita tertawa riang dan adakalanya membuatkan kita menanggis. Namun apa pun definisi cinta yang diberikan, berpada-padalah dalam mencintai seseorang kerana cinta sesama manusia adakalanya akan berubah mengikut edaran waktu namun cinta pada Yang Maha Kuasa adalah cinta sejati. Semoga Tuhan menemukan aku dengan cinta sejatiku.








28 October 2009

Memori



Kau pergi
Meninggalkan rasa kosong yang lara
Ketika hati mula menyanyikan lagu rindu
Rupa-rupanya yang berkumandang hanyalah sendu
Ternyata sungguh menyeksakan bila rindu sudah tidak berjawab

Tuhan
Tunjukkan aku jalan keluar
Tolong hentikan derita jiwa ini

Aku kesal
Dia pergi
Membawa hatiku yang tersayat
Pedih oleh luka
Lalu bergenanglah airmata membasahi segenap ruang jiwa

Sakit sekali bila rasa cinta berantakan
Aku bersumpah untuk tidak jatuh cinta lagi
Meskipun satu hari nanti cinta datang lagi menyapa kehidupanku
Akan kuusir ia agar menjauh
Nyahlah engkau cinta
Aku ingin sendiri