06 June 2010

Merawat Hati Yang Luka

Emmm saat ini, hati saya masih stabil, tidak terluka walaupun tidak dinafikan saya pernah juga menghadapi situasi yang melukakan. Saya percaya saya tidak keseorangan, saya yakin kita semua pernah menghadapi saat-saat yang melukakan dalam hidup kita. Tidak kiralah apa pun puncanya yang pasti menghadapi saat-saat yang melukakan adalah suatu yang sangat perit dan menyeksakan. Seluruh semangat juang yang ada dalam diri boleh hilang begitu saja, yang ceria sebelumnya boleh saja jadi murung dan tidak bermaya. Tajuk ini saya ambil daripada slot motivasi rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1 yang disiarkan beberapa hari lepas. Saya tertarik dengan tajuk ini kerana ia suatu yang tidak asing dalam kehidupan peribadi kita. Oleh kerana tertarik dan wujud rasa ingin tahu, saya mengikuti slot motivasi tersebut sehingga ke akhirnya, lebih kurang dalam 30minit disiarkan.

Merawat hati yang sedang terluka sebenarnya tidak mudah. Kadang-kadang ada orang yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menyembuhkan hatinya yang terluka. Bahkan ada juga yang menyimpan rasa terluka dalam diri untuk selamanya. Menggapa ya? Mungkin kerana rasa dendam yang terlalu menebal dalam diri. Tapi tidak mustahil hati yang terluka dapat disembuhkan semula. Segalanya terpulang pada kesungguhan diri kita sendiri untuk keluar daripada rasa terluka itu. Pakar motivasi tersebut juga menyarankan agar kita keluar daripada rasa terluka. Jangan biarkan hati terluka tanpa diubati.

Kita boleh berbohong pada khalayak umum dengan menyatakan "
aku biasa-biasa saja, aku gembira dengan apa yang aku lalui, hatiku sudah tidak sakit dan terluka lagi.." Ya, kita boleh saja menyatakan seperti itu tapi percayalah mereka yang mahir menilai tingkah laku (body language) pasti dapat merasakan ada sesuatu yang anda sembunyikan. Ada kesedihan terpendam yang anda kunci rapat dalam jiwa anda. Akhirnya anda sendiri merana dan sinaran mata selalunya tidak dapat menyembunyikan apa yang terbuku di dada anda.

Kepada mereka yang sedang bersedih, kepada mereka yang sedang terluka, rawatlah kelukaan itu. Jangan biarkan ia terus menjadi barah pada kehidupan peribadi anda. Memang hidup bukan selamanya untuk tertawa tapi hidup juga bukan untuk selamanya menanggisi kelukaan. Hidup adalah suatu keseimbangan antara rohaniah dan jasmaniah, antara kegembiraan dan kelukaan.

Ketika berada dalam kesedihan atau terluka emosi kita selalunya jadi tidak stabil, fikiran jadi bercelaru. Seolah-olah ada sesuatu yang sangat menyesakkan dada hinggakan sukar untuk bernafas, terasa ingin menanggis dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Itu yang saya rasakan, anda mungkin merasakan yang berbeza dengan apa yang saya rasakan. Selalunya bila berada dalam keadaan ini, saya cuba menyibukkan diri dan tidak terlalu memikirkannya. Saya selalu memujuk hati saya supaya menjadi lebih kuat dan tenang. Satu yang menjadi pegangan saya selama ini ialah,
'semua yang ada di muka bumi ini hanyalah sementara, justeru segala kesulitan dan kelukaan juga bersifat sementara. Lambat-laun semuanya akan berakhir dan kembali normal' Hati kita perlu kuat, tenang dan redha menerimanya. Satu lagi, selalunya apabila berada dalam keadaan sedih, saya menghindarkan lagu-lagu bernada jiwang. Saya lebih suka mendengar lagu-lagu berentak rancak bagi mengubati kesedihan.
Saya juga selalu menetapkan had bahawa segala kesedihan dan kelukaan yang saya lalui tidak boleh berlarutan untuk berbulan-bulan lamanya. Jadi bila sudah menetapkan tempoh masa 'berkabung' saya sedaya-upaya akan mencari jalan untuk melupakan segala kelukaan itu. Segalanya terpulang pada diri kita. Cara anda mungkin berbeza dengan cara saya tapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk merawat hati yang terluka

12 comments:

  1. saya terluka dgn sikap suami yg pernah melanggan pelacur.tp suami berjanji tidak akan ulangi lagi.saya menerimanya kerana ia berjanji akan belajar agama dengan lebih dekat.tetapi hati saya amat terluka.hancur kesetiaan saya selama ini.tapi saya redha kerana itu ujian dr allah kerana kita lalai dalam suruhanya.saya pujuk hati dan beristifar.dan berdoa moga allah mempermudahkan jalan tg kami lalui.amin

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Puan, siapa pun anda,saya doakan semoga anda akan terus kuat dan tabah dalam menghadapi semua ini. Saya faham hati yang terluka memang adakalanya sangat sukar untuk disembuhkan semula. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya ini. Salam persahabatan dari saya

    ReplyDelete
  3. As salam....
    Pada saat ini hati saya sgt terluka...terasa diri diperalatkan dan tidak dihormati...setiap kali dia melukakan hati saya, saya dengan mudah memafkan..tetapi kali ni, saya tak mampu bertahan lagi...saya buat keputusan untuk meninggalkan dia tp pada masa yang sama saya sgt terluka dengan keputusan ini kerana saya cintakan dia...

    nasihat puan sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya tapi tak tahu bagaimana untuk kuatkan diri saya untuk memutuskan hubungan sedangkan kami akan selalu berjumpa kerana bekerja di tempat yang sama...mampukah saya menghadapinya? Apa yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
  4. Wassalam..
    Anonymous Apr21,
    Maaf sebab agak lambat respons komen anda kerana kebelakangan ini saya agak jarang buka blog :-)

    Apapun persoalan hidup yang sedang anda hadapi, semoga anda sentiasa tabah menghadapinya.Saya bukanlah seorang pakar motivasi.Saya hanya orang biasa sama seperti anda yang adakalanya merasa sangat lemah dan tidak berdaya menghadapi tekanan hidup dan semua yang tertulis di blog ini hanyalah merupakan pendapat peribadi saya.

    Anda pasti mampu menghadapinya.Kuatkanlah hatimu.Mohonlah pada Allah agar semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam,
      Terima kasih...

      Bagi saya hubungan kami telah berakhir, kini saya sedang sedaya upaya menjauhkan diri dari dia dan hanya berurusan tentang kerja. Hati saya juga lebih tenang....

      Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu bertahan walau pun dia berusaha untuk menjalinkan hubungan seperti dulu. Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk menghadapi pujukan dia seterusnya dapat melupakan dia dan memperoleh kebahagian walaupun tanpa dia...InsyaAllah

      Delete
  5. :-) semoga anda dan kita semua akan sentiasa beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Jangan berputus asa dan jangan bersedih. Ragam kehidupan kadang-kadang sukar untuk kita jangkakan. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Salam persahabatan dari saya..

    ReplyDelete
  6. pada saat ini, hati saya amat terluka apabila saya tidak mampu untuk melepaskan dia pergi dari hati ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin adalah lebih baik kehilangan seseorang daripada terus membiarkan hati terluka dan menderita

      Delete
  7. Hati menangis tak siapa yang tahu...sedihhhhhh yang teramat amat sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabarlah...semoga kembali ceria dan bersemangat.

      Delete
    2. sy bersama A 8tahun.. baru2 ni sy caught dia menjalin hubungan dgn perempuan lain. dipendekkan cerita dia memilih perempuan tu dan bertunang tp dia masih menghubungi sy dan kami masih menggunakan panggilan syg.. berdosakah sy tiap kali berdoa mohon dikembalikan dia pada sy.. mohon kami disatukan sbg suami isteri. kerana kami tidak pernah punya masalah..kami masih saling menyayangi.perkara ini terjadi kerana hubungan jarak jauh..

      Delete
    3. Ini cuma pandangan peribadi saya, kalau dari awal sudah memperlihatkan ketidakjujuran dalam perhubungan, lebih baik lepaskan. Takut nanti hidup jadi lebih merana dan menderita. Mintalah semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita :-)

      Delete