19 January 2013

Tips Sebelum Mengeluh

  • Hari ini sebelum anda mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
  • Sebelum anda mengeluh tentang rasa makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
  • Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
  • Sebelum anda mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk di dalam hidupnya.
  • Sebelum anda mengeluh tentang isteri atau suamimu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
  • Hari ini sebelum anda mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  • Sebelum anda mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
  • Sebelum anda mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan orang-orang yang tinggal di jalanan.
  • Sebelum anda mengeluh tentang jauhnya kamu telah memandu, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
  • Dan di saat anda lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang yang berharap mereka mempunya pekerjaan seperti anda.
  • Sebelum anda menunjuk jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
~Dikutip dari facebook: Sudah Tahukah Anda?~ 

Sekadar untuk peringatan buat diri sendiri agar berusaha menjadi orang yang sabar dan tidak berkeluh-kesah menghadapi kehidupan yang singkat ini

13 January 2013

Anda Adalah Istimewa


Sumber gambar: google

Anda semua adalah istimewa. Kita semua miliki keistimewaan yang berbeza-berbeza. Jadi jangan pernah merasa rendah diri dan menganggap diri serba kekurangan berbanding dengan orang lain. Kekurangan demi kekurangan tercipta supaya hidup dapat saling melengkapi di antara satu sama lain kerana mana mungkin kita dapat hidup sendiri tanpa adanya orang lain.

Kepada anda yang sudi menjadi follower blog yang serba simple ini, terima kasih saya ucapkan. Anda adalah istimewa kerana sudi menjadi follower saya. Tiada paksaan. Jika anda suka, silalah jadi follower saya, tak suka abaikan saja :-)  Anda follow, insyaallah saya akan follow balik. Bukannya susah pun, setakat click joint this site.

Buat semua terima kasih sekali lagi. Saya doakan semoga anda semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus menulis di blog kesayangan masing-masing walaupun apa yang kita tulis mungkin tidak akan pernah dibaca oleh sesiapa tetapi sekurang-kurangnya kita masih punya saluran untuk meluahkan segala rasa dan cerita yang terpendam di hati.

11 January 2013

Impian Vs Khayalan

Sumber gambar: FB: The most beautiful things in the world

Saya sukakan pemandangan yang indah dan tenang menghiasi ruang laman rumah saya. Saya mengimpikan dan juga sering menganggankan untuk membina taman bunga yang indah di ruang laman rumah dengan susunan bunga-bunga yang aneka warna di kiri kanan lorong pejalan kaki seperti gambar-gambar di atas. Terasa damainya hati sambil berjalan melihat kuntuman bunga yang mekar dengan haruman yang menyegarkan.

Senyum Itu Sedekah


sumber gambar: google

Jadi...marilah perbanyakkan senyum kepada orang-orang disekitar kita. Bukankah ada ungkapan lain menyatakan, senyumlah kerana kita tidak akan tahu siapa yang nantinya akan jatuh hati dengan senyuman manis kita :-) Senyuman juga akan membuatkan orang-orang disekeliling kita merasa senang, nyaman dan ceria. Kita tentunya merasa  tidak selesa berurusan dengan orang yang mukanya kelat, masam tanpa senyuman. Saya sendiri pun merasa sangat jengkel bila berhadapan dengan pekerja-pekerja kaunter yang tidak mesra dengan pelanggan. Melayan sambil lewa dengan muka berkerut seribu. Tidak kiralah sama ada kita pekerja swasta, pekerja awam di sektor kerajaan ataupun cuma orang biasa, belajarlah untuk tersenyum.

" Peace begins with a smile.." -Mother Theresa



Bicara Sepi


Sepi..
Sunyi
Keseorangan...
Adalah juga sebahagian daripada bicara alam
Bicara tanpa kata
Hanya bisa difahami oleh mereka yang pernah melangkah sendirian
Menyusuri lorong-lorong kehidupan
Kadang sepi itu indah
Membuatkan jiwa menunduk sayu lembut
Dan
Kadang sepi itu bagaikan belati tajam
Menghiris jiwa
Membuatkan hati menanggis sendu
Seolah ada bebanan berat merantai jiwa

07 January 2013

Rahsia Tarikh Lahir

Rasanya ramai yang sudah tahu kajian yang telah dijalankan oleh Dr.Fadzilah Kamsah berkenaan rahsia personaliti berdasarkan tarikh lahir. Kajian yang telah dijalankannya selama 25 tahun. Kebetulan sekarang ni bulan Januari yang juga bersamaan dengan bulan kelahiran saya jadi saya ingin berkongsi personaliti mereka yang lahir di bulan Januari. 
  1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  2. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  3. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  4.  Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  5. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  6. Pandai mengambil hati orang lain.
  7. Pendiam kecuali setelah dirangsang.
  8. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  9. Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  10. Badannya sihat tetapi mudah diserang selesma.
  11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  12. Cukup sayang pada kanak-kanak.
  13. Suka duduk di rumah.
  14. Setia pada segala-galanya.
  15. Perlu belajar kemahiran bersosial.
  16. Sifat cemburu yang sangat tinggi.
Setelah disemak, rasa-rasanya memang sebahagiannya hampir kepada gambaran kasar personaliti saya :-) terutamanya.... nombor 10  uhuk...uhuk sebab sekarang saya memang tengah selesma dan memang agak kerap juga saya diserang selesma. Nombor 4, 12 dan 13 juga agak melambangkan personaliti saya. Hanya itu yang dapat saya kongsikan. Nombor-nombor lain yang juga agak memberi gambaran kasar kepada personaliti saya biarlah menjadi rahsia saya.

06 January 2013

Bangkit dan Lupakan Kisah Lalu

Gambar diambil dari fb

Saya yakin setiap kita punya cerita hidup masing-masing. Ada cerita suka dan duka silih berganti. Setiap orang juga ada sejarah hidup di masa lampau. Biarkan saja semua cerita hidup anda di masa lalu terkunci rapi sebagai sebahagian daripada rahsia peribadi anda. Jika ia sebuah cerita duka yang melukakan, biarkan saja ia terus berlalu ditimbus masa. Tidak perlu dikenang kerana ia hanya akan membuatkan jiwa anda terseksa dan menderita. Bangitlah dari semua rasa yang menyakitkan. Jika hari ini anda kehilangan semangat, ambillah masa untuk merenung semula hal-hal terindah yang pernah terjadi dalam hidup anda sebelum ini. Kembalilah jalani hidup dengan rasa semangat membara bagaikan seorang pejuang yang berjuang menuntut kemenangan di medan perang.

Bila Usia Semakin Bertambah

Bersyukurlah jika hari ini kita masih diberikan ruang oleh Allah s.w.t bernafas di muka bumi milikNya ini. Tidak kurang ramai yang pergi secara tiba-tiba. Mati mengejut. Kematian adalah pasti tapi waktunya dirahsiakan oleh Allah s.w.t. Jika hari ini kita masih diberi ruang bernafas di muka bumi ini, itu bukan bermakna perjalanan hidup kita masih panjang. Siapa yang dapat menduga, mungkin sejam dua tiba-tiba saja nafas kita terhenti. Tidak perlu jatuh sakit terlantar berbulan-bulan, bahkan ada juga yang terlantar sakit bertahun-tahun lamanya tapi masih juga diberi kesempatan oleh Allah s.w.t bernafas di muka bumi ini. 

Kematian adalah suatu yang pasti dan tidak dapat ditunda kedatangannya. Tiada seorang manusia pun yang tahu bila saat kematiannya akan tiba. Yang jelas, semakin bertambah usia kita, semakin pendek jugalah usia kehidupan kita di muka bumi ini. Bahkan seiring dengan pertambahan usia, kesihatan juga mula sedikit demi sedikit terjejas. Sendi-sendi tubuh mula sakit-sakit. Daya penglihatan dan daya ingatan juga turut merosot. Semoga saja kita terhindar daripada penyakit  alzheimer.

Jadi syukurilah setiap nikmat yang telah kita nikmati selama ini. Adakalanya kita sering  menjadi manusia yang lupa bersyukur, mengeluh dan berputus asa bila yang dihajati tidak kunjung tiba. Apa pun, percayalah Allah punya perancangan terbaik buat kita.



01 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

 Sekejap saja masa setahun berlalu. Hari ini 01.01.2013, bermula lagi episod baru dalam kehidupan kita. Semoga tahun ini menjanjikan suatu kehidupan yang lebih bermakna buat kita. Lupakan saja semua kisah-kisah suram yang kita lalui di tahun lepas. Mulakan tahun ini dengan suatu cerita ceria yang akan kita imbas kembali di akhir tahun nanti.