19 January 2013

Tips Sebelum Mengeluh

  • Hari ini sebelum anda mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
  • Sebelum anda mengeluh tentang rasa makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
  • Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
  • Sebelum anda mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk di dalam hidupnya.
  • Sebelum anda mengeluh tentang isteri atau suamimu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
  • Hari ini sebelum anda mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  • Sebelum anda mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
  • Sebelum anda mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan orang-orang yang tinggal di jalanan.
  • Sebelum anda mengeluh tentang jauhnya kamu telah memandu, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
  • Dan di saat anda lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang yang berharap mereka mempunya pekerjaan seperti anda.
  • Sebelum anda menunjuk jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
~Dikutip dari facebook: Sudah Tahukah Anda?~ 

Sekadar untuk peringatan buat diri sendiri agar berusaha menjadi orang yang sabar dan tidak berkeluh-kesah menghadapi kehidupan yang singkat ini

3 comments:

  1. sgt menarik entry cik murni, smoga kita trgolong dlm org2 yg beriman

    ReplyDelete
  2. good info dear, saya tergolong dlm org yg suke mengeluh sedang cuba nak berubah :)

    ReplyDelete
  3. Faizal: Insyaallah :-)

    Yan:
    Saya pun tergolong dalam org yg suka mengeluh. Semoga kita jadi lebih sabar selepas ini.

    Badren : Sama2 :-)

    ReplyDelete