15 April 2011

Puisi - Damai

Damai mengalir
Menembusi setiap hembus nafas
Tenang membanjiri sukma saat kubersujud
Lalu gerimis hati menghantar syukur
Ke riba pohon doa

Gemersik alun sang bayu
Sayup-sayup berlari dari satu pepohon
Menggugurkan reranting tua
Alangkah takjubnya melihat anugerahMu
Dan dengan kaki sengaja kubiar telanjang
Seperti pari-pari
Aku berlari mengejar dedaun itu

Ketika malam menyulam kegelapan
Kutatap langit dengan rintik airmata
Seolah ada selembar surat cinta
Dari kekasih
Dan purnama indah
Perlahan-lahan menguak dada langit
Menyapa aku dengan senyum
Seolah ia berkata
Aku datang kepadamu
Membawa jelita malam
Lalu masihkah kau tidak bersyukur
Dan mensyukuri sebuah keberuntungan





Subahanallah....
Kubiar mataku tertancap di dada langit
Alangkah indahnya purnama itu
Cahayanya membias
Di antara lereng perbukitan
Dan kabus putih sesekali berarak
Meninggalkan jejak sang bayang-bayang
Tanpa sedar aku sudah berlari
Membiar purnama menyimbah susuk tubuh
Yang pasti akan pulang ke halaman abadi...










08 April 2011

Hobi





























Cantikkk????

Jangan salah faham, hobi saya bukannya tanam pokok bunga pun. Masa selongkar gambar-gambar lama dalam laptop tadi saya terjumpa dengan beberapa keping gambar pokok bunga ni. Gambar ni bapa saya yang ambil. Dan semua bunga ni bapa saya yang tanam. Tanam bunga salah satu hobi dia. Selalunya kaum wanita yang suka tanam pokok bunga kan? Tapi bapa saya sebaliknya pula. Memang ada banyak jenis pokok bunga yang dia tanam terutamanya bunga orkid dan bunga jenis keladi. Boleh dikatakan di setiap sudut rumah saya di kampung mesti ada pokok bunga.


06 April 2011

Insomnia



Hurmmm jam 3.40am tapi mata masih terkebil-kebil. Mau tulis blog pun tiada idea. Ni la entri merapu paling pendek teramat pendek pernah aku tulis :-) Selamat malam buat semua. Tidur lena-lena dan mimpilah yang indah-indah. Semoga mimpi indah yang hadir dalam lena kalian akan benar-benar menjelma menjadi realiti yang benar-benar indah dan membahagiakan...

~~~Selamat tidur & selamat bermimpi~~~

05 April 2011

Wajah Baru

Bosan kan kalau setiap hari menatap benda yang sama. Sebab itu hari ini saya tukar background blog saya yang tidak pernah bertukar sejak saya mula memblog. Asyik tengok warna pink, rasa bosan pula. Kali ini tukar warna hijau. Bukankah hijau itu warna yang tenang dan mendamaikan? Emm harap begitulah dan saya masukkan juga muzik dalam paparan blog ini. Muzik yang boleh buat anda terlena dan silap-silap boleh berdengkur depan komputer dan bermimpi seolah berada di alam kayangan...

Blog ini hanyalah blog biasa-biasa yang sangat ringkas dan memuatkan cerita-cerita yang biasa-biasa sahaja. Ditulis sekadar untuk suka-suka tanpa mempedulikan sama ada, ada pembaca yang berminat membaca ataupun tidak.

Ehhh rasanya bukan setakat blog yang berubah wajah.. Baru saya teringat, rambut saya yang panjang mengurai mengalahkan pontianak pun berubah, pendek separas bahu. Rambut pun rasanya kali terakhir saya potong tahun 2009... Wahh lama betulkan!! Rasa selesa juga bila berambut pendek walaupun selama ini saya sentiasa berambut panjang. Kepala pun rasa ringan.



~~~Perubahan adalah suatu yang pasti terjadi dalam kehidupan manusia. Cuma diharapkan perubahan yang berlaku biarlah akan membawa kita ke arah jalan hidup yang lebih bermakna ~~~


04 April 2011

Patah Hati vs Patah Kaki

Mana yang lebih menyakitkan patah kaki atau patah hati? Ada yang berpendapat patah kaki lebih sakit. Ada juga yang berpendapat patah hati lebih menyakitkan...


Bagi saya kedua-duanya tetap sama sakitnya cuma tahap kesakitan itu mungkin berbeza bergantung sejauhmana parahnya kecederaan itu. Yang pastinya ianya melibatkan kesakitan mental dan fizikal. Kesakitan mental dan fizikal selalunya saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, orang yang patah kaki sedikit sebanyak mungkin akan terganggu emosinya bila pergerakannya menjadi terhad dan jelas emosi adalah berkait dengan mental. Manakala orang yang patah hati selalunya akan jadi murung dan hilang selera makan. Jadi pendiam dan memencilkan diri. Bila hilang selera makan, fungsi fizikal akan turut terganggu bila diserang sakit, seperti terkena gastrik. Jadi kedua-duanya tetap sama sakit dan menyakitkan. Dan kedua-duanya tetap ada ubat penyembuhnya. Fizikal yang sakit perlu dirawat dengan kaedah perubatan yang terkini. Jika mental yang sakit, rawatlah dengan pendekatan kerohanian..


~~~Jagalah kesihatan mental dan fizikal anda demi sebuah kehidupan yang lebih bermakna~~~