25 July 2016

Orkid Tanah Vs Phalaenopsis

Saya kurang pasti nama bagi orkid di bawah ini. Ia salah satu orkid yang ditanam terus ke tanah. Bunganya bersaiz kecil dan berwarna putih. Dari pemerhatian saya, orkid ni mudah tumbuh dan membiak. Ada banyak rumpun orkid jenis ini di rumah saya di kampung. 


 Ini pula orkid dari spesis phaleanopsis. Orkid jenis phalaenopsis tidak memerlukan sinaran matahari secara langsung, cukup terdedah 70% sahaja kepada cahaya matahari dan digalakkan menyiram pada waktu pagi kerana jika disiram pada waktu petang ia cenderung terkena jangkitan kulat. Ada dua jenis orkid phalaenopsis yang ditanam oleh arwah bapa saya. Satu, phalaenopsis Mambo dan satu lagi phalaenopsis Zebrina. 

Phalaenopsis Mambo


Phalaenopsis Zebrina

17 July 2016

Rain Lily

Rain lily dikenali juga sebagai rainflower atau fairy lily. Nama saintifiknya Zephyranthes Candida (Huh berbelit lidah menyebut). Bunga ini berasal dari Afrika Selatan. Kenapa dinamakan rain lily? Ini kerana bunga ini akan mengeluarkan bunga yang banyak selepas hujan. Bunga ini ditanam menggunakan bebawangnya, sebab itu kadang-kadang saya menggelarkan bunga rain lily ini sebagai bunga bawang. 

Saya cuma ada dua jenis bunga rain lily, satu berwarna pink dan satu lagi berwarna putih. Bila ditanam dalam deretan yang banyak, bunga ini akan kelihatan sangat cantik tapi sayangnya bunganya tidak bertahan lama, cepat layu dan gugur.



Mengintai Laman Di Pagi Raya

Hehe...salam aidilfitri buat semua. Damainya terasa di hati melihat kuntuman bunga-bunga mekar menghiasi laman rumah di pagi raya. Syahdunya...Jom saksikan keindahan bunga-bunga ini.

 



 

 





Seperti biasa, rose jepun tetap terselit sebagai penyeri laman.