01 December 2013

Kata-kata Inspirasi Prof.Dr.Muhaya

" Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapinya. Biarpun ditimpa musibah, dia tidak pernah mengeluh. Walaupun pada hakikatnya dia sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang.." Prof.Dr.Muhaya

10 November 2013

Setelah Setengah Tahun

Setelah setengah tahun berkelana di laman orang
Kami pun memilih untuk permisi
Belajar untuk kembali mandiri
Dari satu pintu ke satu pintu yang terpaksa kami ketuk
Mereka pernah menjadi malaikat yang berkata:
         'Kita saudara sehabis hayat'

Tapi hujan di hati tetap berdansa
Lalu kami pun kembali terasing dalam perjalanan suram
Akhirnya setelah setengah tahun yang berawan kelabu
Kami pun memilih untuk kembali ke negeri asal

Biarlah kali ini mereka berkata:
        'Kita saudara hingga ke syurga'
Kami tidak akan percaya
Lalu kalau mereka bertanya lagi
Bagaimana hari esok kalian?
Yakin kami menjawab
Segalanya kami serahkan kepada Tuhan
Penjaga kami adalah Ilahi




-71113

06 November 2013

Salam Maal Hijrah

Bersua lagi
Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus melangkah sepanjang kehidupan ini. Kesihatan adalah nikmat yang tidak dapat dijual beli sekalipun kita memiliki kekayaan yang tiada tara banyaknya. Tetapi manusia jarang sekali menyedari nikmat yang satu ini kecuali ketika sudah terbaring sakit, menunggu saat datangnya sakaratul maut datang menjemput.

Saya terkenang orang-orang yang sangat bermakna dalam hidup saya yang ketika ini sedang berjuang melawan sakit yang sedang mereka deritai. Semoga segala kesakitan dan penderitaan yang mereka hadapi menjadi penebus bagi setiap dosa yang pernah dilakukan. Bukankah kita hanya manusia biasa yang seringkali melakukan dosa demi dosa.

Bapa saya mula sakit sejak awal tahun ini. Kesihatannya menjadi bertambah buruk semasa hari raya lalu. Sebelum itu, hampir setiap malam bapa saya dihantar ke hospital disebabkan kesukaran bernafas. Pada malam raya aidil adha, bapa saya terpaksa ditahan di ward selama seminggu. Itu merupakan kali kedua bapa saya ditahan di ward. Sehingga saat ini saya masih trauma apabila mendapat sms di tengah-tengah malam. Sebelum membuka sms tersebut, saya sudah menduga itu tentunya sms dari adik saya. Tekaan saya tepat. Pertama kali dikhabarkan bapa sakit, hati saya jadi tidak keruan dan saya menanggis semau-maunya kerana bapa saya jarang sakit dan biasanya bila dia jatuh sakit memang dalam keadaan yang kritikal. Ketika balik kampung, saya sendiri tidak sanggup melihat keadaan bapa saya ketika itu. 

Pada mulanya doktor yang merawat, memberitahu bapa saya sakit asma dan jantungnya bengkak. Tetapi keadaan bapa saya tidak semakin pulih bahkan keadaan kesihatannya semakin buruk dengan seluruh muka dan kakinya bengkak. Bila bengkak surut, bapa saya dibenarkan balik ke rumah.

Bapa saya dihantar ke hospital lagi apabila dia mengadu pinggangnya sakit. Dan inilah situasi yang paling tegang kami sekeluarga hadapi. Bapa saya ditahan lagi untuk kali yang ketiga. Saya bergegas balik kampung seawal jam 5.30am. Ketika ini barulah doktor mengesahkan bapa saya sebenarnya sakit jantung dan ada komplikasi pada buah pinggangnya. Kami tergamam, mengapa selewat ini doktor mengesahkan sakit bapa kami. Bukan sekali dua dia dihantar ke hospital. Boleh dikatakan hampir setiap malam emak, adik dan kakak saya berkampung di unit kecemasan menemani bapa saya. Petang itu bapa saya dikejarkan dengan ambulance ke Hospital Keningau dalam keadaan yang sangat kritikal. Sebelum bertolak, doktor memberitahu supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Menurut doktor bapa kami boleh mati bila-bila masa saja semasa dalam perjalanan ke hospital Keningau itu. Sungguh ketika ini, tiada kata mampu diungkapkan. Lidah menjadi kelu dan airmata gugur tanpa dipaksa. Siren ambulance yang membawa bapa saya ke Hospital Keningau tambah menggetarkan rasa di hati. Kepada Allah kami panjatkan doa semoga bapa kembali sembuh.

Syukur, kami tidak bersendirian menghadapi saat getir itu. Ketika tubuh longlai tidak bermaya, kami diberikan kekuatan oleh semua orang-orang yang berada di perkarangan hospital ketika itu. Samaada yang dikenali mahupun tidak dikenali, semuanya meniupkan kata-kata semangat buat kami. Tidak terhenti setakat itu, saya difahamkan hampir seluruh penduduk kampung turut sama bekejar ke Hospital Keningau. Ada di antaranya yang menemani kami sehingga jam 1am. Ruangan tempat duduk di unit kecemasan dipenuhi oleh orang-orang kampung yang menemani kami. Terima kasih Ya Allah, kerana menemukan kami dengan orang-orang yang berhati mulia. Tiba di Hospital Keningau, bapa saya dimasukkan ke unit kecemasan terlebih dahulu. Lampu merah sentiasa berkelip menandakan ada pesakit kritikal sedang dirawat. Agak lama juga. Bila doktor keluar mencari ahli keluarga, semua yang ada di ruangan itu menjawab kami semua adalah keluarga dia. Sungguh saya benar-benar terharu. 

Pada jam 7.30pm barulah bapa saya dikeluarkan dari unit kecemasan dan dihantar ke ward CCU di aras dua. Hampir seminggu bapa saya di CCU. Sungguh menyedihkan melihat keadaannya ketika itu, terlantar dengan wayar-wayar berselirat di seluruh tubuh badan. Ketika saya masuk menjenguknya, banyak cerita dia sampaikan tapi sungguh saya tidak mampu memahami setiap tutur katanya. Selepas dua minggu berkampung di Hospital Keningau, bapa saya dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu untuk pemeriksaan lanjut.

Benarlah kata orang, Allahlah yang mengatur kehidupan kita. Doktor hanyalah manusia biasa. Walaupun doktor menjangkakan peluang hidup bapa saya ketika itu hanyalah 99.9% tetapi jika Allah belum mengkehendakinya, maka ia tetap tidak akan terjadi. Harapan saya, semoga bapa kembali sembuh dan ceria seperti dulu.



08 July 2013

Tangis Terpendam

  
Ada tangis terpendam
Tersembunyi di balik senyum manis
Dan tidak pernah ada yang tau
Kalau saja hatinya sedang parah berdarah
Menahan seribu duka

Pada malam kelam yang sunyi
Dia bangun meratap
meluahkan rasa hati kepadaNya
Hanya Dia tempat mengadu
Kerana rasa percayanya terhadap sesama manusia telah lama lenyap


05 July 2013

Salam Jumaat

 

Ya Allah, andainya apa yang kami hadapi saat ini adalah suatu ujian dariMu, berikanlah kami kekuatan yang luarbiasa kuatnya agar kami dapat menghadapi semuanya dengan hati yang tenang dan redha. Ketika segala ikhtiar, terasa sudah tidak memberikan apa-apa makna dan kita sudah mula berputus asa, hanya satu hal yang mampu kita lakukan: Kembalilah kepada Tuhan. Luahkan isi hati kita kepadaNya kerana Allah Maha Tahu segalanya. Dan jika doa kita masih tidak termakbul, usah berhenti berdoa. Usah berburuk sangka dengan Allah. Teruskan berdoa dan berdoa. Sampai waktunya Allah pasti mengabulkan.

Salam Jumaat...


18 May 2013

~H.A.T.I~

 

Jika hati tersakiti dengan pengkhianatan, maka balaslah dengan doa yang baik.
Jika patah hati, maka sambunglah dengan bermuhasabah diri
Jika hatimu sakit, maka berzikirlah dan mendekatkan diri kepada Allah
Meskipun semua itu tidak mudah, ketika hati disakiti, cinta dikhianati dan patah hati. Selama ada niat dalam hati dan diiringi dengan muhasabah diri, Insyaallah hati itu akan kembali dan bangunlah cinta kembali

Dikutip daripada himpunan FB Sudah Tahukah Anda

Pendidik Yang Komited

Bila tiba bulan Mei, ada beberapa sambutan yang sering saya ingat umpamanya sambutan hari guru dan sambutan hari ibu. Bila mula bekerja bertambah lagi sambutan iaitu sambutan untuk hari pekerja yang disambut setiap 1 Mei. Antara semua sambutan, saya paling tertarik dengan sambutan Hari Guru. Bukan bermakna saya tidak mengingati Hari Ibu tapi bagi saya, sebenarnya tidak perlu hari khusus untuk memperingati Hari Ibu kerana setiap hari yang kita lalui sebenarnya merupakan hari untuk kita mengingati dan menghargai pengorbanan serta kasih sayang ibu kita.

Saya tertarik dengan Hari Guru kerana tanpa guru siapalah kita hari ini. Dari guru kita belajar mengenal huruf, mengira, membaca dan menulis. Tambahan pula saya memang sangat berminat menjadi guru tapi apakan daya, rezeki saya di bidang lain. Saya sangat menyanjung tinggi pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para guru yang komited dengan tugas mereka mendidik anak-anak murid hingga berjaya. Adik saya juga merupakan seorang guru lepasan KPLI. Bagi saya dia adalah seorang guru yang sangat komited mengajar. Saya sangat teruja setiap kali adik saya bercerita mengenai ragam anak-anak muridnya di sekolah. Ada yang menghiburkan hati dan tidak kurang juga ada yang menyakitkan hatinya dengan ragam anak-anak murid yang nakal. Tapi saya tau walau senakal mana pun anak-anak muridnya, dia tetap menyayangi dan sering mendoakan kejayaan anak-anak muridnya. Kadang-kadang, bila ada anak murid yang sangat teruja untuk membaca walaupun masa telah tamat, adik saya tetap melayani karenah mereka. Kadang-kadang adik saya duduk bersama dengan beberapa orang anak muridnya di tangga sekolah semata-mata untuk mendengar mereka membunyikan suku kata huruf. Adik saya mengajar di sekolah rendah.

Pernah juga adik saya memberikan hadiah menggunakan wangnya sendiri untuk anak-anak muridnya yang menunjukkan peningkatan pembelajaran. Baginya apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk mendorong anak-anak muridnya agar terus gigih belajar. Satu cerita yang agak menarik, ramai anak-anak murid adik saya yang sebelum ini langsung tidak mengenal huruf sudah mula menunjukkan perkembangan positif dalam pembelajaran mereka. Semoga mereka akan terus maju dalam pelajaran.

Bukan setakat anak-anak muridnya, adik saya turut berusaha menanamkan pemikiran positif dan motivasi kepada ibu bapa murid-muridnya dengan menceritakan pelbagai kisah yang mampu membuka minda para ibu bapa tersebut. Kata adik saya, jika hari ini anak-anak anda kurang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pendidikan, jangan berputus asa kerana perkembangan setiap kanak-kanak berbeza. Menurut adik saya. ada seorang kawannya yang sehingga tingkatan dua sekolah menengah masih tidak tahu membaca. Lantaran itu, kawan adik saya itu sering diejek dengan gelaran bodoh. Disebabkan rasa malu dengan ejekan, kawan adik saya telah belajar dengan bersungguh-sungguh dan pada akhirnya seorang yang digelar bodoh pada mulanya, berjaya memeggang segulung ijazah. Apa yang penting menurut adik saya adalah kesungguhan untuk berjaya dan sesungguhnya kita boleh mengubah keadaan.

Sama seperti adik saya, walaupun saya tidak pernah mengenali anak-anak muridnya secara dekat saya juga mendoakan semoga mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia berguna.

08 April 2013

Bertemu Kembali !!

Salam dan selamat pagi dunia...bertemu lagi. Wah lama juga blog kesayangan saya ni terbiar sejak insiden berdarah Lahad Datu Mac lalu. Ini kerana banyak masa saya gunakan untuk mengikuti perkembangan terkini tragedi tersebut. Sebab itu, blog ini terbiar tanpa dikemaskini. Kemudian dua minggu lalu saya balik kampung, bercuti selama 16 hari.

 Alhamdulillah, suasana kembali aman dan pulih seperti sediakala di sini. Semoga keamanan ini berkekalan untuk selamanya. Tak maulah insiden seperti Mac lalu berulang lagi di masa akan datang. Sama-samalah kita hargai keamanan yang kita nikmati hari ini. 

 Buat semua rakan bloggers yang meninggalkan jejak di blog ini, Insyaallah saya akan berkunjung ke blog anda nanti. Nantikan kedatanngan saya :-)

07 March 2013

Sultan Sulu Mohon Gencatan Senjata

Entah apa lagi agaknya taktik yang sedang dirancang oleh kumpulan penceroboh ini bila Jamalul Kiram III yang mengaku Sultan Sulu memohon gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kematian. Berita lanjut disini. Namun bak kata pepatah 'pisang takkan berbuah dua kali' Malaysia mengambil pendirian tegas menolak gencatan senjata tersebut. Berita lanjut disini

Ia tindakan yang wajar memandangkan sebelum ini anggota keselamatan kita telah dipermainkan oleh kumpulan penceroboh ini yang kononnya mahu menyerah diri dengan mengibarkan bendera putih tetapi sebaliknya anggota keselamatan kita telah diserang dan terkorban.


03 March 2013

Khabar Duka Dari Sabah

Kematian wira negara 1 Mac lalu dalam misi mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan luar amatlah dihargai. Sayu hati saya melihat anak allahyarham ketika diwawancara. Kanak-kanak itu begitu tenang memberitahu ayahnya mati kena bom. Dan ketika melihat gambar wira-wira yang terkorban, saya berperang dengan emosi sendiri. Seaakan-akan menitik air mata saya melihat gambar-gambar tersebut. Buatmu wira-wira negara, bersemadilah dengan aman. Kami anak Malaysia yang lahir di era merdeka akan sentiasa menyanjung tinggi pengorbanan kalian dan bumi Sabah ini adalah bumi kita bersama - Bumi Malaysia yang akan tetap dipertahankan untuk selamanya.

Keadaan di sini buat masa ini adalah terkawal. Kawalan keselamatan di sepanjang jalan dan kawasan perairan di seluruh kawasan Sabah masih diperketatkan. Walau bagaimanapun, rata-rata penduduk Sabah masih dihantui rasa cemas dan berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran daripada insiden tembak-menembak yang berlaku di kg. Tanduo Lahad Datu beberapa hari lalu. Ditambah lagi dengan kejadian tembak-menembak terbaru yang berlaku semalam di daerah Semporna. Walaupun kuarters kediaman saya terletak berhampiran kawasan PGA tetapi jauh di sudut hati saya tetap tersimpan rasa risau dan cemas apalagi bila khabar-khabar angin menyatakan kemungkinan ada tentera Sulu telah mendarat di Kudat. Dua, tiga hari ini saya benar-benar cemas dan risau. Telefon bimbit saya tidak pernah berhenti berdering sejak dari awal pagi hingga larut malam. Ketenangan negeri di bawah bayu telah tercemar. Saya berharap agar semua ini akan berakhir secepat mungkin.

Penyebaran maklumat yang tidak tepat di media-media sosial telah menambahkan lagi keadaan cemas ini sekaligus menimbulkan suasana tidak menentu. Buat masa ini, adalah lebih baik kita bertenang dan mematuhi kesemua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan.

Pada akhirnya...tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan Allah s.w.t.

" Aku cintakan kedamaian dan keamanan sejagat. Aku menyanjung tinggi peradaban tata susila dan nilai kemanusiaan. Aku bencikan peperangan, konflik, sengketa dan anarki kerana jiwaku penuh dengan rasa perikemanusiaan, kasih sayang dan perdamaian..."


26 February 2013

~A.D.A~


Ada airmata di balik senyuman
Ada kasih sayang di setiap amarah
Ada pengorbanan di setiap ketidakpedulian
Ada harap di balik setiap kesakitan
Ada kekecewaan di setiap derai tawa

Ingat..
kita bukan satu-satunya manusia dengan segudang masalah.

Tersenyumlah...
Kerana senyum mampu membasuh setiap luka

Maafkanlah...
Kerana maaf mampu meyembuhkan semua rasa sakit

Hanya ada Allah tempat segalanya bermuara
KepadaNya kita berserah atas segala pinta...

24 February 2013

Tips Agar Anak Dekat Dengan Ibu bapa

Bila ayah dan ibu sudah tidak sehaluan dan tidak sefahaman suasana dingin akan mula menyelubungi rumah tangga. Anak-anak samaada anak-akan kecil atau yang telah dewasa akan turut bersedih, tertekan dan tersepit bila berhadapan situasi begini. Suasana ceria dan mesra bertukar menjadi muram dan sunyi - dua perasaan yang sangat menyakitkan. Hubungan kekeluargaan yang erat sangatlah penting agar keharmonian di antara setiap ahli keluarga tetap utuh selamanya. Namun hari ini sering kita dengar dan baca, hubungan kekeluargaan semakin longgar dan goyah. Tidak perlu kita menyalahkan sesiapa. Koreki diri mungkin ia berpunca dari diri kita sendiri.

Sebagai tatapan buat semua, saya kongsikan di sini tips agar anak-anak dekat dengan ibu bapa yang sumbernya saya kutip dari laman facebook Ustaz Don Daniyal:
  •  Ajar anak sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
  • Tingkatkan rasa takut anak kepada Allah s.w.t. Bukan tingkatkan rasa takut kepada rotan dan sebagainya
  • Lakukan aktiviti bersama - solat jemaah, kelas motivasi, ceramah dan sebagainya
  • Ibu bapa kena jadi 'good follower' (mengikut perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangannya) kemudian barulah boleh jadi 'great leader'. 

Terima Kasih Sahabatku

Terima kasih sahabatku Zaarul Haq @ Jagad Kawula klik sini kerana memberikan anugerah ke atas blog saya :-)

1. Versatile Blog

 



2. Company Award

 

Rasa terharu dan seronok bila dapat 'award' ni. Blog saya tidaklah sehebat manapun sebab saya jenis simple dan santai sebab itulah blog saya pun kelihatan simple dan santai. 


16 February 2013

~Renungkanlah~

"Kecewa..???"
~Ingatlah saat anda kecewakan seseorang~

"Menanggis..???"
~Ingatlah saat anda buat seseorang menanggis~

"Sakit hati..???"
~Ingatlah saat anda sakitkan hati seseorang~

"Dipermainkan..???"
~Ingatlah saat anda permainkan seseorang~

"Tidak dihargai..???"
~Ingatlah saat anda tidak menghargai seseorang~

"Setiap perbuatan sedar atau tidak, pasti ada balasannya. Itu janji Yang Maha Esa. Mari kita kaji diri sendiri, kaji perbuatan kita dan jangan salahkan takdir mahupun Yang Maha Esa..."
Sumber: FB ~ Sudah Tahukah Anda.

Apapun marilah belajar untuk saling memaafkan. Semoga hidup akan jadi lebih membahagiakan.


15 February 2013

Falsafah Telur :-)

Saya tertarik dengan kata-kata ini. Saya gelar sebagai 'falsafah telur'. Kata-kata ini saya kutip dari fb. Fahamkan makna di sebalik kata-kata ini.

"Jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan berakhir. Tapi jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru telah lahir.."


Salam Jumaat buat semua....

12 February 2013

Kerbau Dikahwinkan Dengan Lembu

Haaaa pelik tapi benar. Manusia memang suka melakukan macam-macam benda pelik yang kadang-kadang sukar diterima oleh akal waras. Jom baca. Saya kongsikan artikel berikut dari Kosmo Online.

~Kerbau jantan (kanan) dan pasangannya yang merupakan seekor lembu betina (kiri) diletakkan di hadapan hantaran perkahwinan haiwan itu di Ayutthya semalam~


Ayutthya,Thailand- Seekor lembu jantan berumur 21 tahun, Yai Chai-Yuen dikahwinkan dengan lembu betina berusia lapan tahun, Thong-Kwao di sini semalam. Beberapa penduduk menganjurkan majlis perkahwinan untuk kerbau jantan yang dianggap paling cantik di sini. Lembu betina itu dicari oleh penduduk di sini selepas menimbangkan beberapa 'calon' lain. Haiwan yang dipilih untuk menjadi pasangan Chai-Yuen itu berasal dari Ubon Ratchathan, timur laut Thailand yang terletak 600 kilometer dari sini - Reuters

10 February 2013

Selamat Bercuti


Selamat bercuti di hujung minggu buat semua. Semoga anda semua menikmati cuti hujung minggu ini dengan santai dan tenang. Rehatkan minda daripada hal-hal yang membuatkan anda letih dan lelah.

Dimanakah Kebahagiaan Itu Berada?


Orang sakit menyangka, bahagia itu terletak pada kesihatan
Orang miskin menyangka, bahagia itu terletak pada harta kekayaan
Rakya jelata menyangka, bahagia itu terletak pada kekuasaan
Orang biasa menyangka, bahagia itu terletak pada kepopularan
Dan banyak-banyak sangkaan lain mengenai di mana letak kebahagiaan
Kalau menurut sahabat semua, di mana letak kebahagiaan itu?

Dikutip daripada fb: Kata-kata Hikmah

09 February 2013

Jodoh Itu Rahsia Allah

Selama kita menunggu
Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Seteguh mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima ketentuan dariNya

Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, kita tetap akan bersama dengannya. Tapi jika takdir Allah menentukan yang mana kita bukan dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya kerana tulang rusuk dan pemiliknya tak kan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah..

Sumber: Fb: Kata-kata hikmah


06 February 2013

10 Perkara Merosakkan Otak


Saya kongsikan di sini 10 perkara yang merosakkan otak. Seperti selalu info ini, saya kutip dari fb ;-p

  • Tidak mengambil sarapan pagi
  • Terlebih makan
  • Merokok
  • Mengambil gula berlebihan
  • Menghidu udara tercemar
  • Tidur berlebihan
  • Tidur dengan menutup muka
  • Kurang berimaginasi
  • Jarang berfikir
  • Tidak membaca Al-Quran

Hiduplah Seperti Putaran Jam

Setiap hari berputar, sampai masa detikan jarum jam akan berhenti kerana kehabisan bateri. Begitu juga perjalanan hidup manusia, sampai masanya manusia akan meninggalkan dunia. Bagi jam loceng, setelah diganti dengan bateri yang baru, dapatlah berfungsi kembali TETAPI bagi manusia penghidupan dan pertemuan semula hanya di akhirat. Beramallah selagi diberi tempoh.

Dipetik dari fb: Bicara Islam

05 February 2013

Cinta Dia Dalam Diam


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

Sumber: MuslimNetwork.com

01 February 2013

Cuti Yang Membosankan


Seminggu lebih balik kampung tapi cuti kali ini agak berbeza dengan cuti-cuti sebelum ini. Cuti terasa kosong, hambar dan tidak menarik. Walaupun cuma seminggu berada di kampung tapi terasa bagaikan sebulan lamanya bercuti. Sebelum ini, walau dua minggu lebih bercuti, terasa bagaikan hanya beberapa hari sahaja bercuti. Aduhai..hati ini benar-benar tidak tenteram dan tersepit dalam dilemma yang sangat sukar untuk dirungkaikan.

19 January 2013

Tips Sebelum Mengeluh

  • Hari ini sebelum anda mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.
  • Sebelum anda mengeluh tentang rasa makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
  • Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
  • Sebelum anda mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk di dalam hidupnya.
  • Sebelum anda mengeluh tentang isteri atau suamimu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
  • Hari ini sebelum anda mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
  • Sebelum anda mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
  • Sebelum anda mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan orang-orang yang tinggal di jalanan.
  • Sebelum anda mengeluh tentang jauhnya kamu telah memandu, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
  • Dan di saat anda lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang yang berharap mereka mempunya pekerjaan seperti anda.
  • Sebelum anda menunjuk jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
~Dikutip dari facebook: Sudah Tahukah Anda?~ 

Sekadar untuk peringatan buat diri sendiri agar berusaha menjadi orang yang sabar dan tidak berkeluh-kesah menghadapi kehidupan yang singkat ini

13 January 2013

Anda Adalah Istimewa


Sumber gambar: google

Anda semua adalah istimewa. Kita semua miliki keistimewaan yang berbeza-berbeza. Jadi jangan pernah merasa rendah diri dan menganggap diri serba kekurangan berbanding dengan orang lain. Kekurangan demi kekurangan tercipta supaya hidup dapat saling melengkapi di antara satu sama lain kerana mana mungkin kita dapat hidup sendiri tanpa adanya orang lain.

Kepada anda yang sudi menjadi follower blog yang serba simple ini, terima kasih saya ucapkan. Anda adalah istimewa kerana sudi menjadi follower saya. Tiada paksaan. Jika anda suka, silalah jadi follower saya, tak suka abaikan saja :-)  Anda follow, insyaallah saya akan follow balik. Bukannya susah pun, setakat click joint this site.

Buat semua terima kasih sekali lagi. Saya doakan semoga anda semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus menulis di blog kesayangan masing-masing walaupun apa yang kita tulis mungkin tidak akan pernah dibaca oleh sesiapa tetapi sekurang-kurangnya kita masih punya saluran untuk meluahkan segala rasa dan cerita yang terpendam di hati.

11 January 2013

Impian Vs Khayalan

Sumber gambar: FB: The most beautiful things in the world

Saya sukakan pemandangan yang indah dan tenang menghiasi ruang laman rumah saya. Saya mengimpikan dan juga sering menganggankan untuk membina taman bunga yang indah di ruang laman rumah dengan susunan bunga-bunga yang aneka warna di kiri kanan lorong pejalan kaki seperti gambar-gambar di atas. Terasa damainya hati sambil berjalan melihat kuntuman bunga yang mekar dengan haruman yang menyegarkan.

Senyum Itu Sedekah


sumber gambar: google

Jadi...marilah perbanyakkan senyum kepada orang-orang disekitar kita. Bukankah ada ungkapan lain menyatakan, senyumlah kerana kita tidak akan tahu siapa yang nantinya akan jatuh hati dengan senyuman manis kita :-) Senyuman juga akan membuatkan orang-orang disekeliling kita merasa senang, nyaman dan ceria. Kita tentunya merasa  tidak selesa berurusan dengan orang yang mukanya kelat, masam tanpa senyuman. Saya sendiri pun merasa sangat jengkel bila berhadapan dengan pekerja-pekerja kaunter yang tidak mesra dengan pelanggan. Melayan sambil lewa dengan muka berkerut seribu. Tidak kiralah sama ada kita pekerja swasta, pekerja awam di sektor kerajaan ataupun cuma orang biasa, belajarlah untuk tersenyum.

" Peace begins with a smile.." -Mother Theresa



Bicara Sepi


Sepi..
Sunyi
Keseorangan...
Adalah juga sebahagian daripada bicara alam
Bicara tanpa kata
Hanya bisa difahami oleh mereka yang pernah melangkah sendirian
Menyusuri lorong-lorong kehidupan
Kadang sepi itu indah
Membuatkan jiwa menunduk sayu lembut
Dan
Kadang sepi itu bagaikan belati tajam
Menghiris jiwa
Membuatkan hati menanggis sendu
Seolah ada bebanan berat merantai jiwa

07 January 2013

Rahsia Tarikh Lahir

Rasanya ramai yang sudah tahu kajian yang telah dijalankan oleh Dr.Fadzilah Kamsah berkenaan rahsia personaliti berdasarkan tarikh lahir. Kajian yang telah dijalankannya selama 25 tahun. Kebetulan sekarang ni bulan Januari yang juga bersamaan dengan bulan kelahiran saya jadi saya ingin berkongsi personaliti mereka yang lahir di bulan Januari. 
  1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  2. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  3. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  4.  Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  5. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  6. Pandai mengambil hati orang lain.
  7. Pendiam kecuali setelah dirangsang.
  8. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  9. Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  10. Badannya sihat tetapi mudah diserang selesma.
  11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  12. Cukup sayang pada kanak-kanak.
  13. Suka duduk di rumah.
  14. Setia pada segala-galanya.
  15. Perlu belajar kemahiran bersosial.
  16. Sifat cemburu yang sangat tinggi.
Setelah disemak, rasa-rasanya memang sebahagiannya hampir kepada gambaran kasar personaliti saya :-) terutamanya.... nombor 10  uhuk...uhuk sebab sekarang saya memang tengah selesma dan memang agak kerap juga saya diserang selesma. Nombor 4, 12 dan 13 juga agak melambangkan personaliti saya. Hanya itu yang dapat saya kongsikan. Nombor-nombor lain yang juga agak memberi gambaran kasar kepada personaliti saya biarlah menjadi rahsia saya.

06 January 2013

Bangkit dan Lupakan Kisah Lalu

Gambar diambil dari fb

Saya yakin setiap kita punya cerita hidup masing-masing. Ada cerita suka dan duka silih berganti. Setiap orang juga ada sejarah hidup di masa lampau. Biarkan saja semua cerita hidup anda di masa lalu terkunci rapi sebagai sebahagian daripada rahsia peribadi anda. Jika ia sebuah cerita duka yang melukakan, biarkan saja ia terus berlalu ditimbus masa. Tidak perlu dikenang kerana ia hanya akan membuatkan jiwa anda terseksa dan menderita. Bangitlah dari semua rasa yang menyakitkan. Jika hari ini anda kehilangan semangat, ambillah masa untuk merenung semula hal-hal terindah yang pernah terjadi dalam hidup anda sebelum ini. Kembalilah jalani hidup dengan rasa semangat membara bagaikan seorang pejuang yang berjuang menuntut kemenangan di medan perang.

Bila Usia Semakin Bertambah

Bersyukurlah jika hari ini kita masih diberikan ruang oleh Allah s.w.t bernafas di muka bumi milikNya ini. Tidak kurang ramai yang pergi secara tiba-tiba. Mati mengejut. Kematian adalah pasti tapi waktunya dirahsiakan oleh Allah s.w.t. Jika hari ini kita masih diberi ruang bernafas di muka bumi ini, itu bukan bermakna perjalanan hidup kita masih panjang. Siapa yang dapat menduga, mungkin sejam dua tiba-tiba saja nafas kita terhenti. Tidak perlu jatuh sakit terlantar berbulan-bulan, bahkan ada juga yang terlantar sakit bertahun-tahun lamanya tapi masih juga diberi kesempatan oleh Allah s.w.t bernafas di muka bumi ini. 

Kematian adalah suatu yang pasti dan tidak dapat ditunda kedatangannya. Tiada seorang manusia pun yang tahu bila saat kematiannya akan tiba. Yang jelas, semakin bertambah usia kita, semakin pendek jugalah usia kehidupan kita di muka bumi ini. Bahkan seiring dengan pertambahan usia, kesihatan juga mula sedikit demi sedikit terjejas. Sendi-sendi tubuh mula sakit-sakit. Daya penglihatan dan daya ingatan juga turut merosot. Semoga saja kita terhindar daripada penyakit  alzheimer.

Jadi syukurilah setiap nikmat yang telah kita nikmati selama ini. Adakalanya kita sering  menjadi manusia yang lupa bersyukur, mengeluh dan berputus asa bila yang dihajati tidak kunjung tiba. Apa pun, percayalah Allah punya perancangan terbaik buat kita.



01 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

 Sekejap saja masa setahun berlalu. Hari ini 01.01.2013, bermula lagi episod baru dalam kehidupan kita. Semoga tahun ini menjanjikan suatu kehidupan yang lebih bermakna buat kita. Lupakan saja semua kisah-kisah suram yang kita lalui di tahun lepas. Mulakan tahun ini dengan suatu cerita ceria yang akan kita imbas kembali di akhir tahun nanti.