28 December 2009

Selamat Tinggal 2009

Selamat tinggal 2009.Segala peristiwa yang dilalui sepanjang tahun ini akan kekal sebagai suatu kenangan yang akan selamanya dikenang, samaada ia suatu yang pahit dan melukakan atau ia suatu yang manis-semuanya akan tetap dikenang dan menyatu dalam lipatan sejarah. Selamat datang tahun 2010, yang pastinya menimbulkan 1001 teka teki di minda masing-masing.Setiap kali tahun baru membuka tirainya, setiap kali itulah akan timbul persoalan tentang apa yang akan berlaku pada diri kita untuk sepanjang tahun tersebut. Satu hal yang pasti terjadi ialah usia semakin bertambah.Kita semakin tua, letih, tidak berdaya dan semakin tiba pada penghujung kehidupan.Renungkan semula, sepanjang tempoh kehidupan ini, adakah kita telah mempergunakannya sebaik mungkin? Apakah selama ini kita telah menemukan jawapan pada setiap persoalan yang bermain di kepala kita?

Semoga ada sinar bahagia untuk kita semua-kerjaya/rezeki, kesihatan dan kehidupan peribadi. Apa pun masalah yang dihadapi,hadapilah dengan tenang.Jangan sesekali berputus asa.Kuatkan semangat, bulatkan tekad. Kita harus sentiasa cekal, kuat dan berani menghadapi cabaran. Mereka yang hebat ialah mereka yang mampu bangkit dan tersenyum semula walau berapa banyak dugaan dan kekecewaan ditempuhi...


SELAMAT TAHUN BARU 2010

11 December 2009

Semangat

Perjalanan hidup ini tidak selalunya indah mengikut apa yang ada dalam angan-angan kita. Orang yang hebat adalah dia yang mampu bangkit semula setelah mengalami pelbagai kisah duka, kekecewaan dan kegagalan. Bangkit semula dengan tekad dan semangat membara untuk kembali berjuang meraih kejayaan dan menjadi ulung. Bicara tentang semangat, ia harus dimiliki oleh semua insan yang benar-benar ingin mengubah haluan hidup. Semangat merupakan antara elemen terpenting dalam mencapai kejayaan. Semangat yang lahir dari dalam jiwa akan menggerakkan seseorang untuk berusaha sedaya mungkin mencapai apa yang diingini. Cuma satu, dalam kita terlalu bersemangat, jangan sampai melupakan hal-hal lain dalam hidup ini.Nikmati hidup ini dengan rasa semangat yang membara dan nikmati juga hidup ini dengan rasa bahagia dan ceria. Kedua-duanya perlu seimbang agar hidup ini tidak terlalu hambar dan kosong.Hanya kita yang tahu mentaliti dan attitude kita yang sebenar.Kepada mereka yang telah kehilangan semangat hidup dan berada dalam keadaan putus asa, saya doakan semoga mereka temui semula semangat dan kekuatan diri yang telah hilang.

09 December 2009

Pilihan di Tangan Kita

Dalam hidup, kita selalu ada 2 pilihan: positif atau negatif, hitam atau putih, ceria atau sedih, kaya atau miskin, sabar atau baran, dosa atau pahala dan ada banyak lagi pilihan. Mengapa perlu bermuram sedangkan kita ada pilihan untuk menjadi ceria. Kuatkan semangat dan sabarkan hati walau apa pun yang terjadi. Pandanglah kehidupan ini dari sudut positif. Untuk kembali bersemangat, ceriakan hati dan lupakan segala kisah lalu yang melukakan. Memang bukan mudah untuk melupakan kisah-kisah lalu yang telah sebati dalam kehidupan kita tapi percayalah usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil. Percayalah setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi namun adakalanya kita gagal mentafsir makna di sebalik semua kejadian yang menimpa kita. Kita sering menyalahkan takdir bila menemui kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Kita jadi cepat marah, muram dan tidak bersemangat. Rasa marah, muram dan tidak bersemangat tidak akan membawa kita ke mana-mana. Bersama-samalah kita pertingkatkan kekuatan diri agar tidak mudah berputus asa menghadapi apa pun cabaran yang mendatang. Semoga kualiti diri dan kehidupan kita akan bertambah baik dari hari ke hari. Kitalah yang berhak mengatur corak kehidupan yang kita inginkan samaada kita memilih untuk gembira atau bersedih. Semua pilihan terletak di tangan kita.

03 December 2009

Mutiara Kata


"Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda amat merindukan seseorang, sehinggakan anda ingin mendapatkannya dalam mimpi anda dan memeluknya erat-erat. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya mempunyai satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda sukai.."




" Cuma seminit masa diperlukan untuk jatuh hati, satu jam untuk menyukai seseorang dan 1 hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang "



"Seluruh kehidupan yang sedang kita lalui adalah ujian. Sebanyak mana pun ujian yang harus ditempuh, hadapilah dengan semangat dan azam yang kukuh.Putus asa dan keluh-kesah hanya akan melemahkan kita"