18 May 2013

~H.A.T.I~

 

Jika hati tersakiti dengan pengkhianatan, maka balaslah dengan doa yang baik.
Jika patah hati, maka sambunglah dengan bermuhasabah diri
Jika hatimu sakit, maka berzikirlah dan mendekatkan diri kepada Allah
Meskipun semua itu tidak mudah, ketika hati disakiti, cinta dikhianati dan patah hati. Selama ada niat dalam hati dan diiringi dengan muhasabah diri, Insyaallah hati itu akan kembali dan bangunlah cinta kembali

Dikutip daripada himpunan FB Sudah Tahukah Anda

Pendidik Yang Komited

Bila tiba bulan Mei, ada beberapa sambutan yang sering saya ingat umpamanya sambutan hari guru dan sambutan hari ibu. Bila mula bekerja bertambah lagi sambutan iaitu sambutan untuk hari pekerja yang disambut setiap 1 Mei. Antara semua sambutan, saya paling tertarik dengan sambutan Hari Guru. Bukan bermakna saya tidak mengingati Hari Ibu tapi bagi saya, sebenarnya tidak perlu hari khusus untuk memperingati Hari Ibu kerana setiap hari yang kita lalui sebenarnya merupakan hari untuk kita mengingati dan menghargai pengorbanan serta kasih sayang ibu kita.

Saya tertarik dengan Hari Guru kerana tanpa guru siapalah kita hari ini. Dari guru kita belajar mengenal huruf, mengira, membaca dan menulis. Tambahan pula saya memang sangat berminat menjadi guru tapi apakan daya, rezeki saya di bidang lain. Saya sangat menyanjung tinggi pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para guru yang komited dengan tugas mereka mendidik anak-anak murid hingga berjaya. Adik saya juga merupakan seorang guru lepasan KPLI. Bagi saya dia adalah seorang guru yang sangat komited mengajar. Saya sangat teruja setiap kali adik saya bercerita mengenai ragam anak-anak muridnya di sekolah. Ada yang menghiburkan hati dan tidak kurang juga ada yang menyakitkan hatinya dengan ragam anak-anak murid yang nakal. Tapi saya tau walau senakal mana pun anak-anak muridnya, dia tetap menyayangi dan sering mendoakan kejayaan anak-anak muridnya. Kadang-kadang, bila ada anak murid yang sangat teruja untuk membaca walaupun masa telah tamat, adik saya tetap melayani karenah mereka. Kadang-kadang adik saya duduk bersama dengan beberapa orang anak muridnya di tangga sekolah semata-mata untuk mendengar mereka membunyikan suku kata huruf. Adik saya mengajar di sekolah rendah.

Pernah juga adik saya memberikan hadiah menggunakan wangnya sendiri untuk anak-anak muridnya yang menunjukkan peningkatan pembelajaran. Baginya apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk mendorong anak-anak muridnya agar terus gigih belajar. Satu cerita yang agak menarik, ramai anak-anak murid adik saya yang sebelum ini langsung tidak mengenal huruf sudah mula menunjukkan perkembangan positif dalam pembelajaran mereka. Semoga mereka akan terus maju dalam pelajaran.

Bukan setakat anak-anak muridnya, adik saya turut berusaha menanamkan pemikiran positif dan motivasi kepada ibu bapa murid-muridnya dengan menceritakan pelbagai kisah yang mampu membuka minda para ibu bapa tersebut. Kata adik saya, jika hari ini anak-anak anda kurang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pendidikan, jangan berputus asa kerana perkembangan setiap kanak-kanak berbeza. Menurut adik saya. ada seorang kawannya yang sehingga tingkatan dua sekolah menengah masih tidak tahu membaca. Lantaran itu, kawan adik saya itu sering diejek dengan gelaran bodoh. Disebabkan rasa malu dengan ejekan, kawan adik saya telah belajar dengan bersungguh-sungguh dan pada akhirnya seorang yang digelar bodoh pada mulanya, berjaya memeggang segulung ijazah. Apa yang penting menurut adik saya adalah kesungguhan untuk berjaya dan sesungguhnya kita boleh mengubah keadaan.

Sama seperti adik saya, walaupun saya tidak pernah mengenali anak-anak muridnya secara dekat saya juga mendoakan semoga mereka berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia berguna.