18 September 2014

Rose @ Mawar

Selain dari tanaman orkid, tanaman bunga ros juga menghiasi laman rumah saya di kampung. Semuanya adalah hasil tanaman dan jagaan bapa saya. Berbanding bunga orkid dan bunga ros, saya lebih menyukai bunga ros. Hati terasa tenang dan damai melihat bunga-bunga ros yang mekar berkembang. Bunga ros di bawah ini adalah sebahagian daripada bunga ros yang terdapat di rumah saya :-)



05 September 2014

Lagi Koleksi Tanaman Orkid

Malas menaip cerita panjang. Mari kita lihat beberapa lagi kolesi tanaman orkid yang ditanam oleh bapa saya :-)


24 May 2014

Semoga Mereka Tabah

Banyak cerita ingin saya tuliskan di sini tapi seperti biasa kemalasan sering menguasai diri jadi akhirnya semua cerita yang ingin ditulis terkubur begitu saja. Banyak isu menarik berlaku di negara kita kebelakangan ini. Paling menjadi tumpuan kehilangan pesawat kita MH370 pada 8 Mac lalu. Ia menjadi berita terhangat bukan saja di dalam negara kita bahkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Lalu muncullah pelbagai teori dan andaian. Namun hingga ke hari ini, kehilangan pesawat ini tetap menjadi misteri kerana jika benar kapal tersebut terhempas mengapa hingga ke hari ini sebarang serpihan masih tidak ditemui? Ataukah pencarian di dilakukan di lokasi yang salah?

Apakah sebenarnya yang terjadi pada pesawat itu? Saya seperti juga anda yang lainnya sangat penasaran ingin tahu apa yang berlaku ke atas pesawat itu dan bagaimana nasib seluruh anak kapal dan penumpang yang berada di dalam pesawat itu. Saya dapat merasakan peritnya ahli keluarga yang terlibat berhadapan dengan situasi sebegini. Peritnya menanti khabar berita dari orang yang disayangi. Seolah-olah mereka ghaib begitu saja. Pergi tanpa sebarang tanda. 

Semoga ahli keluarga yang terlibat dengan musibah ini sentiasa kuat, tenang dan sabar dalam menghadapi ujian Allah ini. Hanya Allah yang maha mengetahui keseluruhan kejadian ini. Hanya kepadaNyalah tempat kita memohon pertolongan. Tanpa pertolongan dari Allah tiada apa yang mampu kita lakukan kerana sesungguhnya daya upaya kita sebagai manusia biasa sangatlah terbatas. Saya juga berharap sangat berharap agar satu masa nanti misteri kehilangan pesawat ini akan terjawab.