06 June 2010

Merawat Hati Yang Luka

Emmm saat ini, hati saya masih stabil, tidak terluka walaupun tidak dinafikan saya pernah juga menghadapi situasi yang melukakan. Saya percaya saya tidak keseorangan, saya yakin kita semua pernah menghadapi saat-saat yang melukakan dalam hidup kita. Tidak kiralah apa pun puncanya yang pasti menghadapi saat-saat yang melukakan adalah suatu yang sangat perit dan menyeksakan. Seluruh semangat juang yang ada dalam diri boleh hilang begitu saja, yang ceria sebelumnya boleh saja jadi murung dan tidak bermaya. Tajuk ini saya ambil daripada slot motivasi rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1 yang disiarkan beberapa hari lepas. Saya tertarik dengan tajuk ini kerana ia suatu yang tidak asing dalam kehidupan peribadi kita. Oleh kerana tertarik dan wujud rasa ingin tahu, saya mengikuti slot motivasi tersebut sehingga ke akhirnya, lebih kurang dalam 30minit disiarkan.

Merawat hati yang sedang terluka sebenarnya tidak mudah. Kadang-kadang ada orang yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menyembuhkan hatinya yang terluka. Bahkan ada juga yang menyimpan rasa terluka dalam diri untuk selamanya. Menggapa ya? Mungkin kerana rasa dendam yang terlalu menebal dalam diri. Tapi tidak mustahil hati yang terluka dapat disembuhkan semula. Segalanya terpulang pada kesungguhan diri kita sendiri untuk keluar daripada rasa terluka itu. Pakar motivasi tersebut juga menyarankan agar kita keluar daripada rasa terluka. Jangan biarkan hati terluka tanpa diubati.

Kita boleh berbohong pada khalayak umum dengan menyatakan "
aku biasa-biasa saja, aku gembira dengan apa yang aku lalui, hatiku sudah tidak sakit dan terluka lagi.." Ya, kita boleh saja menyatakan seperti itu tapi percayalah mereka yang mahir menilai tingkah laku (body language) pasti dapat merasakan ada sesuatu yang anda sembunyikan. Ada kesedihan terpendam yang anda kunci rapat dalam jiwa anda. Akhirnya anda sendiri merana dan sinaran mata selalunya tidak dapat menyembunyikan apa yang terbuku di dada anda.

Kepada mereka yang sedang bersedih, kepada mereka yang sedang terluka, rawatlah kelukaan itu. Jangan biarkan ia terus menjadi barah pada kehidupan peribadi anda. Memang hidup bukan selamanya untuk tertawa tapi hidup juga bukan untuk selamanya menanggisi kelukaan. Hidup adalah suatu keseimbangan antara rohaniah dan jasmaniah, antara kegembiraan dan kelukaan.

Ketika berada dalam kesedihan atau terluka emosi kita selalunya jadi tidak stabil, fikiran jadi bercelaru. Seolah-olah ada sesuatu yang sangat menyesakkan dada hinggakan sukar untuk bernafas, terasa ingin menanggis dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Itu yang saya rasakan, anda mungkin merasakan yang berbeza dengan apa yang saya rasakan. Selalunya bila berada dalam keadaan ini, saya cuba menyibukkan diri dan tidak terlalu memikirkannya. Saya selalu memujuk hati saya supaya menjadi lebih kuat dan tenang. Satu yang menjadi pegangan saya selama ini ialah,
'semua yang ada di muka bumi ini hanyalah sementara, justeru segala kesulitan dan kelukaan juga bersifat sementara. Lambat-laun semuanya akan berakhir dan kembali normal' Hati kita perlu kuat, tenang dan redha menerimanya. Satu lagi, selalunya apabila berada dalam keadaan sedih, saya menghindarkan lagu-lagu bernada jiwang. Saya lebih suka mendengar lagu-lagu berentak rancak bagi mengubati kesedihan.
Saya juga selalu menetapkan had bahawa segala kesedihan dan kelukaan yang saya lalui tidak boleh berlarutan untuk berbulan-bulan lamanya. Jadi bila sudah menetapkan tempoh masa 'berkabung' saya sedaya-upaya akan mencari jalan untuk melupakan segala kelukaan itu. Segalanya terpulang pada diri kita. Cara anda mungkin berbeza dengan cara saya tapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk merawat hati yang terluka

26 comments:

  1. saya terluka dgn sikap suami yg pernah melanggan pelacur.tp suami berjanji tidak akan ulangi lagi.saya menerimanya kerana ia berjanji akan belajar agama dengan lebih dekat.tetapi hati saya amat terluka.hancur kesetiaan saya selama ini.tapi saya redha kerana itu ujian dr allah kerana kita lalai dalam suruhanya.saya pujuk hati dan beristifar.dan berdoa moga allah mempermudahkan jalan tg kami lalui.amin

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Puan, siapa pun anda,saya doakan semoga anda akan terus kuat dan tabah dalam menghadapi semua ini. Saya faham hati yang terluka memang adakalanya sangat sukar untuk disembuhkan semula. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya ini. Salam persahabatan dari saya

    ReplyDelete
  3. As salam....
    Pada saat ini hati saya sgt terluka...terasa diri diperalatkan dan tidak dihormati...setiap kali dia melukakan hati saya, saya dengan mudah memafkan..tetapi kali ni, saya tak mampu bertahan lagi...saya buat keputusan untuk meninggalkan dia tp pada masa yang sama saya sgt terluka dengan keputusan ini kerana saya cintakan dia...

    nasihat puan sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya tapi tak tahu bagaimana untuk kuatkan diri saya untuk memutuskan hubungan sedangkan kami akan selalu berjumpa kerana bekerja di tempat yang sama...mampukah saya menghadapinya? Apa yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
  4. Wassalam..
    Anonymous Apr21,
    Maaf sebab agak lambat respons komen anda kerana kebelakangan ini saya agak jarang buka blog :-)

    Apapun persoalan hidup yang sedang anda hadapi, semoga anda sentiasa tabah menghadapinya.Saya bukanlah seorang pakar motivasi.Saya hanya orang biasa sama seperti anda yang adakalanya merasa sangat lemah dan tidak berdaya menghadapi tekanan hidup dan semua yang tertulis di blog ini hanyalah merupakan pendapat peribadi saya.

    Anda pasti mampu menghadapinya.Kuatkanlah hatimu.Mohonlah pada Allah agar semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam,
      Terima kasih...

      Bagi saya hubungan kami telah berakhir, kini saya sedang sedaya upaya menjauhkan diri dari dia dan hanya berurusan tentang kerja. Hati saya juga lebih tenang....

      Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu bertahan walau pun dia berusaha untuk menjalinkan hubungan seperti dulu. Semoga Allah berikan saya kekuatan untuk menghadapi pujukan dia seterusnya dapat melupakan dia dan memperoleh kebahagian walaupun tanpa dia...InsyaAllah

      Delete
  5. :-) semoga anda dan kita semua akan sentiasa beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Jangan berputus asa dan jangan bersedih. Ragam kehidupan kadang-kadang sukar untuk kita jangkakan. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Salam persahabatan dari saya..

    ReplyDelete
  6. pada saat ini, hati saya amat terluka apabila saya tidak mampu untuk melepaskan dia pergi dari hati ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin adalah lebih baik kehilangan seseorang daripada terus membiarkan hati terluka dan menderita

      Delete
  7. Hati menangis tak siapa yang tahu...sedihhhhhh yang teramat amat sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabarlah...semoga kembali ceria dan bersemangat.

      Delete
    2. sy bersama A 8tahun.. baru2 ni sy caught dia menjalin hubungan dgn perempuan lain. dipendekkan cerita dia memilih perempuan tu dan bertunang tp dia masih menghubungi sy dan kami masih menggunakan panggilan syg.. berdosakah sy tiap kali berdoa mohon dikembalikan dia pada sy.. mohon kami disatukan sbg suami isteri. kerana kami tidak pernah punya masalah..kami masih saling menyayangi.perkara ini terjadi kerana hubungan jarak jauh..

      Delete
    3. Ini cuma pandangan peribadi saya, kalau dari awal sudah memperlihatkan ketidakjujuran dalam perhubungan, lebih baik lepaskan. Takut nanti hidup jadi lebih merana dan menderita. Mintalah semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita :-)

      Delete
  8. Saya kehilangan sahabat yang berkongsi susah-senang dan turut memberi kekuatan mengejar cita-cita. Kehadirannya terasa terlalu singkat, dan dia pergi untuk selama-lamanya. Tak lama setelah kesedihan itu sembuh, ahli keluarga terdekat pula pergi untuk selama-lamanya. Hiba rasa hati. Rasa macam kesunyian sangat dan macam dah jadi orang lain. Tiada semangat nak teruskan impian lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memahami perasaan anda. Bersabarlah...itulah hakikat kehidupan. Hidup umpama sebuah cerita, semuanya akan datang dan pergi sesuai dengan waktu yang telah ditentukanNya. Mohonlah kekuatan pada Allah kerana tanpa pertolongan dari Allah tiada apa yang mampu kita lakukan. Semoga semangat yang hilang akan muncul kembali. Insyaallah...

      Delete
  9. askum.. saya isteri ke 2 sungguh terluka bila diri ini ditipu.. salah saya dr awal kerana trlalu percayakan dia.. mgkin Allah nak tunjuk bahwa dia ngn isteri pertama bahagia.. betapa hancurnya hati saya.. saya kini memilih utk redha apa yg berlaku pd diri saya walaupun hati saya terlalu luka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuatkan hati dan semangat. Teruskan melangkah dengan yakin. Semoga di penghujungnya ada bahagia menanti

      Delete
  10. ya..kdang kala hati saya ada rasa terluka..saya rasa amat lemah.hanya mampu tersenyum..sy rasa semua orang dah tak percayakan saya..sisih sy..bnci sy..tapi jika itu hanya perasaan saya,kenapa dorang ckap saya pelupa disaat barang saya hilang..bila sy ckap sesuatu diorang tak hirau..bila sy lukis gambar diorang,diorang ckap lukisan tu amat hodoh..dan sy pon ada seorng sahabat yg hanya knal sy selama 2 tahun..lpas tu dia pindah..sy rasa sy takde sape sape dah skarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada siapa di dunia ini yang sempurna. Biarkan apa yang orang lain akan katakan. Suatu saat nanti mereka pasti diam juga.

      Delete
  11. sy terpaksa putus ngan kekasih sbb family dy dh ad calon yg sesuai untuk dirinya manakala sy masih lgi menuntut ilmu di ipta n x ready lagi untuk tukar status kpd isteri. mulut sy cakap okey tapi hati sayu. i don't know what to do.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuatkan hati dan yakinlah mungkin 'yang terbaik' sedang menanti anda.

      Delete
  12. skadar menumpang untuk meluahkan rasa hati.. sy bkahwin usia 21 suami 22 dan kami masih belajar.. 1tahun kmudian sy melahirkan anak, slps pd tu, sy jadi dingin dgn suami.. tak tahu knapa mungkin kata org hormon lps bsalin.. suami slu tegur sbb sy dingin, sy cuba pbaiki hari demi hari smp suami mula ugut jgn smp dy cari pompuan lain dsebabkan kelakuan sy ni.. sy dah cuba sdaya upaya tp kadang2 khilaf juga xdpt nak kawal kedinginan sy tu.. sy mrayu pd suami bjnji akn cuba sdaya upaya utk mgawal rasa dingin tu, n smp la satu hari tu, sy mmg da lama aim phone suami, sbb byk hide apps n ada paswed.. 1bulan sy cuba godam fon dy n sy dpt bukak n sy dpt tgok wechat n tele n wasap yg suami chat ngan pompuan2 lain.. bsayang2, bercium2, siap plan nk date mcm zaman2 bcinte.. bukan sorg tp 3org.. cuma 1org yg dy pnah kua bsama.. sy cari pompuan tu n dy ngaku dlm 1bulan kenal tu 3x jumpa n suami ada pegang2 dia.. allahu, sgt2 tluka dgn dia.. lps kantoi suami merayu2 mnx maaf dgn sy n serta merta dy uninstall smua apps tu... n lps bbrapa hari sy ada hubungi pompuan2 tu n smua kata dah lama xcontact suami sy.. sy tluka, tp lega juga sbb husb da xbuat mcm tu.. cume skrg sy rasa hidup sy kosong.. sy xbahagia mcm dlu.. sy tahu smua punca dr saya, skrg sy semakin xbahagia.. sy xtahu apa punca.. sy slalu bad mood, marah2, sbb sy rasa sy xbahagia.. ntahla knapa.. kdg2 bila sy dlm keadaan off mood, sy mnangis sndiri n tanya diri sndiri knpa sy jd mcm tu.. rasa mcm org gile.. xtahu la ape yg sy nak dlm hidup sy.. x tahu apa punca dr smua ni.. btul kata org, kite mmg kne muhasabah diri.. sy mmg muhasabah diri, tp sy tatahu mcm mana nak merawatnya.. sy tahu smuanya bpunca dr sy, dosa silam, sy dekatkan diri pd allah, tp mungkin blum cukup... sy harap sy trus tabah menjalani hari2 seterusnya dan x jemu utk trus dekatkan diri pd allah... thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak cube slow talk.. binjan g cara baik.. pegi bercuti bersama .. jalinkn hubungan seperti dahulu.. hubungan intim amat perting dlm kebahagian.. nikmati lah bersama sebagai suami isteri , anda adalah padangan yg halal . Jadikan ianya syurga dunia . Saya doakan anda berjaya bengubanya , jd lah isyeri yg solehah . Aminnn

      Delete
    2. ya..bincang baik-baik. insyaallah pasti ada jalan keluarnya.

      Delete
  13. Saya lelaki... luahan saya.. sekarang isteri saya rasekan makin jauh.. x mau cmne nk ckp.. bile ajak bersama susah.. saya cemburu dgn hubungn rakan watina nye yg akrab berbeza dgn saya sebagai suami.. banyak masa nye di rumah dgn hp .. cepat sgt bad mood .. saya banyak lakukan kerja2 rumah tampa dia , masak basuh , kemas . Persoalan adakah dia mempunyai hubungan sulit dgn lelaki lain , kenapa dia berubah hati dan tidak seperti dulu , buruk sgt ke saya ni asik , makin hari hati ni makin sakit ... macam mana saya nk hilang kn stress saya ni... kadang terdetik ingin mencari teman yg boleh berkongsi masalah peribadi saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adukan setiap masalah hanya pada Allah kerana Allah sangat mengetahui apa yang sedang terjadi di antara kalian berdua.

      Delete
  14. Semasa sy bercerai kali pertama,5thn sy move on,sy kawen baru,suami yg ke2 nmpk baik,tapi dh setahun,baru pecah tembelang,buat perkara x elok,kena tangkap polis,hati sy amat terluka..paling dlm .sampai hati dia buat sy mcm ni.. kini dia sudah tiada lg dlm hati ni..pergilah kasih,pergilah syg,air mata penawar duka,begitu besar ujian Allah pdku..

    ReplyDelete