31 January 2010

Stress & bunuh diri



Ketika berhadapan dengan masalah dan tekanan hidup apa yang anda lakukan?Aku percaya setiap kita punya masalah masing-masing.Masalah kewangan, masalah keluarga, masalah dengan kawan sekerja, masalah kesihatan dan pelbagai lagi masalah peribadi yang membelenggu kehidupan kita di muka bumi ini. Selagi bernyawa, kita tidak akan pernah lepas dari berhadapan dengan pelbagai masalah. Sebagai orang Islam kita tentunya akan berbalik kepada Qadha dan Qadar Allah swt, bahawa setiap yang terjadi adalah atas ketentuannya untuk menguji kekuatan mental kita. Mereka yang hatinya sentiasa redha menerima ujian Allah pasti dapat menghadapinya dengan tenang. Namun seringkali ada juga yang mengambil jalan singkat dengan cara: BUNUH DIRI. Ya, itulah yang terjadi sewaktu aku balik kampung beberapa hari lepas. Petang itu ketika duduk bersantai di beranda rumah dengan adik, kami tiba-tiba dikejutkan dengan tragedi bunuh diri itu. Aku sendiri tidak pasti apa yang membuatkan dia nekad mahu menghabiskan riwayat hidupnya sedangkan anak-anak masih memerlukan kasih sayangnya. Keadaannya ketika itu sungguh menakutkan, ibarat nyawa-nyawa ikan. Si isteri tidak henti menanggis sambil memangku anak kecil mereka. Sebenarnya aku sendiri tidak mengenali siapa orang itu. Ahli keluarganya datang ke rumah memohon bantuan. Laki-laki itu kemudiannya dikejarkan ke hospital petang itu juga. Dia cuba menghabiskan riwayat hidupnya dengan meminum entah berapa liter racun rumpai! Semoga dia selamat dan diberikan peluang sekali lagi untuk menebus kesilapannya.

No comments:

Post a Comment