23 November 2009

Tentang Aku


Aku yg sekarang dgn aku yg dulu amat berbeza. Dulu aku terlalu serius, pendiam dan jarang tersenyum, kini sebaliknya. Ini mungkin kerana faktor kemiskinan keluarga. Kemiskinan memberikan tekanan yg hebat kepada kami adik-beradik. Alam kanak-kanakku juga tidak seindah mana. Aku dilahirkan dlm suasana yg sangat daif dan miskin. Baju yg kami pakai atas ihsan org kampung. Sejak usia 7 tahun kami sudah diajar hidup berdikari. Aku yakin tidak ada yg percaya dlm usia mentah itu, kami adik-beradik turut sama bekerja di sawah padi atau adakalanya ke kebun. Kami tidak pernah meluangkan masa bermain dengan kawan-kawan. Ia bukan saja disebabkan oleh bebanan kerja yg terpaksa dilakukan tetapi juga disebabkan oleh kongkongan bapa yg sangat tegas. Aku pernah memberontak, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap emakku tapi apalah yg mampu dilakukan oleh emakku.

Kata-kata bapa yg paling aku ingat ialah anak-anak perempuan tidak akan dibenarkan keluar dari daerah ini walaupun utk menyambung pelajaran..' Waktu itu aku dlm tingkatan 1. Betapa kecewanya aku dgn sikap bapaku. Tiada sebarang respon aku berikan pada kata-katanya. Dalam hati aku berkata, satu hari nanti, aku akan keluar & pergi jauh dari sini. Bukan utk bertindak biadab tetapi utk mencapai sesuatu kita harus keluar dan harus berani bertindak. Alhamdulillah segalanya berjalan mengikut apa yg aku rencanakan sedari awal. Sebenarnya terlalu banyak kisah kemiskinan yg aku lalui tapi susah untuk diluahkan dengan tulisan. Zaman kanak-kanak dulu, impianku adalah utk memiliki patung teddy bear yang besar dan cantik tapi kini impianku hanyalah untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan dgn semua org. Aku ingin semua org yg berada di sekelilingku, menikmati hidup ini dengan rasa gembira & ceria. Walaupun aku tidak mampu membantu dari segi kewangan dan tenaga, tetapi aku harap Tuhan menunjukkan aku cara yang lain untuk menghulurkan bantuan

"Kalau kita tidak dapat memberikan bantuan dari segi tenaga dan wang ringgit, bantulah dengan memberikan doa ikhlas untuk orang-orang yang memerlukan. Siapa tahu doa itu mampu melapangkan masalah yang sedang dihadapinya. Kalau dengan doa pun sukar untuk kita lakukan, berikanlah senyuman yang paling ikhlas. Siapa tahu senyuman itu mampu memberikan ketenangan pada orang-orang yang hatinya sedang bersedih. Lemparkan saja senyumanmu yang paling manis dan ikhlas kerana ia merupakan huluran bantuan yang tidak memerlukan kita mengeluarkan sebarang wang ringgit dan tenaga
.."
Dari apa yang aku lalui, kemiskinan bukanlah pengakhir kehidupan, untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, ia memerlukan semangat dan kekuatan dalaman yang luarbiasa. Kalau kita mengalah dan menyerah pada takdir, nescaya kemiskinan itu akan diwarisi oleh generasi berikutnya. Sesungguhnya kemiskinan itu mengajar aku agar lebih menghargai orang-orang yang ada di sekelilingku. Miskin itu indah jika kita tahu menilainya dari sudut positif. Sesungguhnya mereka antara orang yang sangat beruntung, mereka menikmati zaman kanak-kanak & zaman remaja yang indah berbanding dengan kehidupan yang kami adik-beradik lalui.

2 comments:

  1. Itulah rencah kehidupan yang saya juga kadang-kadang hampir mengalah...setiap orang mampu merubah kedaifan masa silam asalkan cekal berusaha dan yakin akan bantuan Tuhan. Saya ingin sekali berkongsi kisah ini..kalau ada kesempatan mungkin kita boleh bertemu..santai2 sambil berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  2. :-) Salam persahabatan dari saya. Tentu menarik sekali kalau kita dapat saling bertemu sambil berkongsi pelbagai cerita. Insyaallah pasti akan dipertemukan Allah juga satu hari nanti

    ReplyDelete