03 March 2013

Khabar Duka Dari Sabah

Kematian wira negara 1 Mac lalu dalam misi mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan luar amatlah dihargai. Sayu hati saya melihat anak allahyarham ketika diwawancara. Kanak-kanak itu begitu tenang memberitahu ayahnya mati kena bom. Dan ketika melihat gambar wira-wira yang terkorban, saya berperang dengan emosi sendiri. Seaakan-akan menitik air mata saya melihat gambar-gambar tersebut. Buatmu wira-wira negara, bersemadilah dengan aman. Kami anak Malaysia yang lahir di era merdeka akan sentiasa menyanjung tinggi pengorbanan kalian dan bumi Sabah ini adalah bumi kita bersama - Bumi Malaysia yang akan tetap dipertahankan untuk selamanya.

Keadaan di sini buat masa ini adalah terkawal. Kawalan keselamatan di sepanjang jalan dan kawasan perairan di seluruh kawasan Sabah masih diperketatkan. Walau bagaimanapun, rata-rata penduduk Sabah masih dihantui rasa cemas dan berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran daripada insiden tembak-menembak yang berlaku di kg. Tanduo Lahad Datu beberapa hari lalu. Ditambah lagi dengan kejadian tembak-menembak terbaru yang berlaku semalam di daerah Semporna. Walaupun kuarters kediaman saya terletak berhampiran kawasan PGA tetapi jauh di sudut hati saya tetap tersimpan rasa risau dan cemas apalagi bila khabar-khabar angin menyatakan kemungkinan ada tentera Sulu telah mendarat di Kudat. Dua, tiga hari ini saya benar-benar cemas dan risau. Telefon bimbit saya tidak pernah berhenti berdering sejak dari awal pagi hingga larut malam. Ketenangan negeri di bawah bayu telah tercemar. Saya berharap agar semua ini akan berakhir secepat mungkin.

Penyebaran maklumat yang tidak tepat di media-media sosial telah menambahkan lagi keadaan cemas ini sekaligus menimbulkan suasana tidak menentu. Buat masa ini, adalah lebih baik kita bertenang dan mematuhi kesemua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan.

Pada akhirnya...tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan Allah s.w.t.

" Aku cintakan kedamaian dan keamanan sejagat. Aku menyanjung tinggi peradaban tata susila dan nilai kemanusiaan. Aku bencikan peperangan, konflik, sengketa dan anarki kerana jiwaku penuh dengan rasa perikemanusiaan, kasih sayang dan perdamaian..."


14 comments:

  1. Betul tu.. Allah ada bersama-sama dengan hamba yang mengingatinya. Semoga cabaran yang dihadapi penduduk sabah sekarang berakhir dengan damai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..doakan semoga semuanya berakhir dengan aman

      Delete
  2. cuma Allah yg dpt membantu..kepadaNya kita berserah...doa supaya penduduk di sana kembali aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih didiey...doakan semoga keadaan kembali aman dan tenteram

      Delete
  3. Memang tidak dimana-mana, selalu ada tindak kekerasan. Tapi memang sudah fitrahnya kekerasan itu terjadi sebagai ujian bagi orang-orang beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cintakan kedamaian dan keharmonian..Memang benar ujian Allah itu datang dari pelbagai sudut

      Delete
  4. sama2 kita berdoa....moga semuanya berakhir dengan baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya juga berharap semua ini berakhir dengan baik agar tidak ada lagi nyawa anggota keselamatan kita terkorban.

      Delete
  5. terkejut bila kejadian macam ni boleh jadi dinegara sendiri..semoga Allah melindungi kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..Itulah realitinya bak kata pepatah 'air yang tenang jangan disangka tak ada buaya' Semoga Allah melindungi kita dan melindungi pasukan keselamatan kita

      Delete
  6. semuga Allah melindungi keamanan tanah air kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kakyon...itulah harapan kita, harapan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian negara.

      Delete
  7. Sama2 kta brdoa untuk mereka d sna...

    ReplyDelete