08 January 2011

Birthday


" Syukur kepadaMu ya Allah yang masih memberi peluang kepada saya untuk terus hidup di muka bumi ini dan seterusnya menghayati detik kelahiran saya ke muka bumi ini pada 2 Jan lalu.."

Kepada rakan-rakan yang mengucapkan 'happy birthday' untuk saya, ucapan terima kasih saya hulurkan.

Saya terharu dengan ingatan yang diberikan oleh semua rakan-rakan saya sama ada oleh rakan sepermainan ketika saya kanak-kanak dahulu, mahupun oleh rakan-rakan sekolah, kawan-kawan sekerja dan bahkan juga oleh rakan-rakan cyber yang saya kenali melalui facebook. Permainan facebook membolehkan saya mengenali ramai rakan-rakan dari pelbagai latarbelakang bangsa, budaya dan fahaman agama. Ternyata facebook turut menjadi medium persahabatan merentasi benua. Bagi saya facebook hanyalah sekadar 'game.' Di samping berseronok, mengapa tidak kita cuba menjalin persahabatan dengan semua orang di seluruh dunia. Belajar untuk memahami makna persahabatan bagi saya adalah suatu yang sangat menarik dan bernilai. Walaubagaimana pun saya tetap berhati-hati kerana di alam cyber, kita sangat terdedah pada pelbagai risiko.

Sekadar imbasan cerita lalu, seorang sahabat pernah menghadiahkan saya sekeping kad birthday yang dibuatnya sendiri 10 tahun yang lalu. Hari ini kad tersebut masih tersimpan kemas, cantik dan kelihatan masih baru dalam fail saya. Beberapa bulan yang lalu entah macam mana kami tiba-tiba tersembang tentang kad birthday tersebut. Rupa-rupanya dia juga masih menyimpan kad birthday pemberian saya walaupun saya sebenarnya sudah lupa yang saya pernah memberikan kad birthday untuknya dulu. Kad birthday warna biru katanya dan sungguh saya langsung tidak ingat sepatah perkataan pun yang tertulis di dalam kad itu. Dia adalah antara sahabat yang tidak pernah bosan mengucapkan 'happy birthday' untuk saya setiap tahun. Menariknya lagi, kami juga berkongsi bulan kelahiran yang sama. Bagi anda, ia mungkin hanyalah perkara remeh dan kecil tapi bagi saya itulah makna persahabatan sebenar. Tidak perlu diungkapkan, cukuplah sekadar dihargai dan diingati untuk selamanya.

Untuk semua sahabat saya, semoga anda akan menemukan erti persahabatan yang sebenarnya. Orang sering berkata kawan ketawa senang dicari, kawan menanggis amatlah sukar dicari. Saya ingin mengibaratkan sahabat sejati itu seperti berikut "Mencari sahabat sejati di era facebook, samalah seperti mencari setitik air di padang pasir yang tandus, kering dan gersang. Ia mungkin dapat ditemui tapi sukar...!! :-) "



"Friendship without self interest is one of the rare and beautiful things in life.." - James Francis Byrnes


1 comment: