26 June 2016

Dendrobium Anosmum Berkembang Lagi

Haaa...orkid Dendrobium Anosmum kakak saya berkembang lagi. Suka sangat bila tengok bunga-bunga yang ditanam berbunga cantik. Awalnya orkid ini arwah bapa saya yang tanam tapi sekarang kakak saya yang ambil alih menjaga kesemua orkid tinggalan arwah bapa saya. 


Ini pula spesis orkid Dendrobium Anosmum yang baru dibeli oleh kakak saya. Sekali tengok macam sama tapi sebenarnya berbeza dari segi bentuk dan warna. Cantikkan.

Satu lagi spesis Dendrobium yang dimiliki oleh arwah bapa saya ialah Dendrobium Crumenatum. Ianya berbunga putih bersih.


Tidak lama lagi penuhlah kawasan rumah saya di kampung dengan pondok-pondok orkid. Menanam orkid bagi saya agak leceh. Sesetengah orkid ada yang tahan panas dan ada juga yang memerlukan sedikit sahaja cahaya matahari. Kalau terlebih siram pula,  akarnya akan mereput. Belum lagi pokok orkid diserang penyakit. Tapi rasa puas sangat bila pokok orkid yang ditanam berbunga. 

Harganya juga kadang-kadang boleh mencecah hingga ribuan ringgit terutama bagi spesis orkid yang sukar didapati. Huh kalau sudah mencecah ribuan ringgit harganya, kena pikir bukan setakat dua kali tapi beribu kali sebelum beli. Saya pernah mencuba menanam orkid di kuartes tapi sayangnya orkid-orkid itu mati. Mungkin sebab pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan. Hanya satu orkid sahaja yang saya tanam mampu bertahan hingga ke hari ini iaitu orkid di bawah ini: 


Ini adalah orkid Coelogyne Rochussenii. Hanya sekali orkid ini pernah berbunga. Dan yang paling penting, orkid ini adalah pemberian arwah bapa saya. Gambar-gambar orkid atau bunga-bungaan yang lain akan terus saya kongsikan jika ada yang berbunga.


2 comments:

  1. cantik bunga2 tu..akak dekat rumah memang tiada bunga langsung, tapi bunga ni penyeri halaman kan

    ReplyDelete
  2. ya bunga sememangnya penyeri laman..rasa damai hati tengok bunga-bunga berkembang di pagi hari :-)

    ReplyDelete