22 June 2016

Lepas Berkebun, Kita Menjahit Pula

Saya baru mula berjinak-jinak belajar menjahit. Semuanya disebabkan rasa teruja melihat pelbagai jenis baju kanak-kanak yang dikongsi oleh rakan-rakan facebook. Lalu saya pun berangan-angan, alangkah seronoknya kalau saya juga memiliki kemahiran menjahit baju. Sudah tentu saya akan jahitkan baju-baju gaun yang comel untuk anak-anak buah saya. Walaupun tanpa kemahiran dan tanpa menghadiri sebarang kursus menjahit secara formal saya yakin saya boleh menjahit. 

Hasil jahitan buat permulaan ini agak kurang kemas dan cantik tapi saya akan terus berusaha menghasilkan hasil jahitan yang lebih kemas dan cantik. Siapa tahu bila pencen nanti (insyaallah jika umur panjang) saya boleh mengisi masa dengan menjahit. 

Hasil jahitan pertama saya ;-) 
Masih banyak perlu dibaiki



2 comments:

  1. lama2 nanti mahir la tu, akak pun baru nak mahirkan diri, cuba jahit baju anak

    ReplyDelete
  2. hehe...insyaallah, harap2 satu hari nanti mampu jadi tukang jahit yang mahir :-)

    ReplyDelete