
"Memori adalah sebahagian daripada pengalaman hidup yang akan kekal dalam ingatan selamanya...."
25 November 2010
Ceria Itu Milik Semua :-)

Salam Aidil Adha...
- Merupakan salah satu perayaan terbesar selain daripada perayaan Hari Raya Aidilfitri.
- Disambut pada hari ke10, 11, 12 dan 13 Zulhijah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijah, diikuti solat sunat dan khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijah diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samaada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijah.
- Ia juga merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t (sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha)
23 October 2010
Kes Cerai Membimbangkan


- Masalah Kewangan - Gaji tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan dan keperluan ahli keluarga.
- Masalah Komunikasi - Isteri/suami kurang bercakap dan terlalu memendam perasaan. Segala rasa tidak puas hati dibiarkan terpendam hingga akhirnya menjadi bom jangka yang menanti saat untuk meletup.
- Sikap baran suami/isteri - Bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi ada di antara kawan saya bercerita pada saya tentang kebengisan sikap isterinya hingga tergamak tidak membenarkannya masuk dalam rumah (terpaksa tidur di beranda rumah). Seorang kawan perempuan saya pula pernah mengadu sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya yang panas baran dan pemabuk. Kedua-duanya akhirnya memilih untuk menamatkan tali perkahwinan mereka. Kawan perempuan itu kemudiannya berkahwin dengan lelaki lain yang pada pengamatan saya seorang lelaki yang baik, penyayang dan dapat menerima kehadiran anak-anak tirinya. Manakala kawan lelaki itu pula memilih untuk terus bersendirian. Mungkin kepercayaannya terhadap kasih sayang wanita dan alam rumah tangga telah terhakis. Saya pernah bertanya padanya mengapa dia tidak melupakan saja kisah silamnya yang suram dan teruskan kehidupan berumah tangga dengan gadis lain. Jawapnya: " khawin itu susah, perlu banyak komitmen dan takut kisah yang sama berulang lagi..." Hingga kini sudah lebih 10 tahun dia hidup sendiri tanpa seseorang yang bergelar isteri di sisinya. Ternyata kehancuran rumah tangga meninggalkan parut yang sangat dalam di hatinya. Semoga saja dia akan terus tabah dan mudah-mudahan satu hari nanti dia akan bertemu semula dengan cinta sejatinya.
- Masalah Sex - Emmm ini pun kisah benar, saya tidak tahu kenapa kawan saya begitu terbuka bercerita hal ini pada saya. Pada saya hal ini begitu sensitif dan peribadi. Saya tidak kisah sebenarnya mendengar setiap keluhan kawan-kawan saya tapi kadang-kadang emosi saya juga terheret sama. Bayangkanlah kata kawan saya itu, selama 2 tahun perkahwinan, mereka tidak pernah langsung melakukan hubungan suami isteri. Saya agak terkejut dan malu sebab saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk memberikan apa-apa pandangan padanya tentang hal ini. Dan kesudahannya juga sama iaitu berakhir dengan perceraian.
- Orang Ketiga - Tidak dinafikan kewujudan orang ketiga juga menjadi penyumbang terbesar kepada berlakunya perceraian. Saya sangat bersimpati dengan kisah malang yang dialami oleh kawan saya akibat suaminya bermain kayu tiga. Menurut kawan saya, suaminya sering memberi alasan 'out station' atas urusan kerja tapi tembelang suaminya terbongkar apabila dicekup di sebuah hotel bersama wanita lain. Hati wanita mana yang tidak remuk bila suami yang disandarkan harapan dan kesetiaan rupanya berlaku curang. Paling sedih bila seorang kawan yang beragama Kristian sanggup menukar agamanya untuk berkahwin dengan seorang lelaki Islam tetapi setelah beberapa tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak, suaminya mula beralih arah kepada wanita lain. Saya simpati kerana saya sendiri tidak pasti sama ada dia mampu meneruskan kehidupannya sebagai seorang Islam selepas perceraian itu memandangkan keseluruhan ahli keluarganya beragama Kristian. Cerita terakhir tentangnya saya diberitahu dia kembali semula tinggal bersama dengan ahli keluarganya yang beragama Kristian. Doa saya semoga akidahnya serta anak-anaknya tetap terpelihara. Sebab itu dalam entri sebelum ini saya ada menegaskan agar mereka yang memilih untuk menukar agama haruslah benar-benar membuat pilihan yang tepat di samping kekuatan mental dan emosi juga harus kuat.
09 October 2010
Kebenaran Itu Pahit

30 September 2010
Musibah 2004

29 September 2010
Damai Itu Indah


27 September 2010
Salam Aidilfitri
26 September 2010
Vivaku
26 August 2010
25hb Hari Gaji SeMalaysia ;-)
Pro vs Kontra
14 August 2010
Hukuman Mati Menanti Anda

Akhirnya.......
Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh. Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi, disiasat di bawah Seksyen 302 kanun tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. Selain itu mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama-utusan online. Melaka pula mengambil inisiatif dengan mewujudkan talian khas bebas tol remaja hamil: 06-2333333 bagi membantu remaja yang berhadapan dengan masalah tersebut.
Langkah-langkah ini memang perlu dikuatkuasakan segera memandangkan isu ini semakin parah hari ini. Samalah juga seperti kes anak hilang yang sebelum ini ada dinyatakan bahawa ibu bapa yang lalai hingga menyebabkan anak mereka hilang akan didakwa tapi akhirnya ia menjadi senyap begitu saja.
Sekadar renungan bersama ***Salah satu cabaran yang terkandung dalam Wawasan 2020 ialah "Memujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh." Dengan peningkatan kes-kes yang lari daripada nilai-nilai kemanusian hari ini, sesungguhnya ini merupakan cabaran paling besar dalam merealisasikan pencapaian Dasar Wawasan 2020 menjelang 10 tahun dari sekarang.
"Sayangi Diri Anda, Hargai Kehidupan Anda"
07 August 2010
Daun Gugur & Pokok Sakit
30 June 2010
Facebook Yang Melalaikan
23 June 2010
Biar Masa Menentukan
Kalau satu hari nanti saya temui lelaki yang benar-benar saya cintai dan dapat menerima saya seadanya, saya ingin sekali memberikan yang terbaik untuknya. Saya ingin sekali memberikan kasih sayang yang suci dan murni untuknya. Siapa pun dia, saya akan menerimanya seadanya asal saja dia ikhlas dan jujur pada saya. Bukan harta dan wajah tampan yang menjadi ukuran saya kerana semua itu hanyalah bersifat sementara. Ketulusan dan keikhlasan la yang paling utama dan dia juga haruslah mampu membimbing saya ke arah yang lebih baik. Saya lebih rela bersendirian daripada hidup bersama dengan lelaki yang tidak mencintai saya, yang berlagak dan hanya mementingkan kehidupan duniawi. Saya lebih rela hidup bersendirian daripada hidup di samping lelaki yang hanya akan membuatkan jiwa dan kehidupan saya tambah menderita dan merana.
Saya tidak pernah kisah dan peduli pada tanggapan umum tentang title anak dara tua. Biarlah, saya senang dan selesa begini. Sekurang-kurangnya saya tidak menyusahkan sesiapa. Urusan ini adalah kehidupan peribadi saya yang tidak perlu dicampuri oleh sesiapa walaupun oleh ibu bapa saya sendiri. Ini zaman facebook, bukan lagi zaman batu. Kepada ibu saya, sabarlah, satu hari nanti, bila hati saya sudah bersedia saya pasti akan membawa seseorang melangkah masuk ke dalam rumah kita. Janganlah lagi terus bertanya sama ada saya sudah menemui seseorang yang istimewa kerana jawapan saya tetap sama seperti sebelum ini.Mudah-mudahan saja saya akan menemukan laki-laki yang kaya dengan budi bahasa dan kasih sayang...
06 June 2010
Merawat Hati Yang Luka

Merawat hati yang sedang terluka sebenarnya tidak mudah. Kadang-kadang ada orang yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menyembuhkan hatinya yang terluka. Bahkan ada juga yang menyimpan rasa terluka dalam diri untuk selamanya. Menggapa ya? Mungkin kerana rasa dendam yang terlalu menebal dalam diri. Tapi tidak mustahil hati yang terluka dapat disembuhkan semula. Segalanya terpulang pada kesungguhan diri kita sendiri untuk keluar daripada rasa terluka itu. Pakar motivasi tersebut juga menyarankan agar kita keluar daripada rasa terluka. Jangan biarkan hati terluka tanpa diubati.
Kita boleh berbohong pada khalayak umum dengan menyatakan "aku biasa-biasa saja, aku gembira dengan apa yang aku lalui, hatiku sudah tidak sakit dan terluka lagi.." Ya, kita boleh saja menyatakan seperti itu tapi percayalah mereka yang mahir menilai tingkah laku (body language) pasti dapat merasakan ada sesuatu yang anda sembunyikan. Ada kesedihan terpendam yang anda kunci rapat dalam jiwa anda. Akhirnya anda sendiri merana dan sinaran mata selalunya tidak dapat menyembunyikan apa yang terbuku di dada anda.
Kepada mereka yang sedang bersedih, kepada mereka yang sedang terluka, rawatlah kelukaan itu. Jangan biarkan ia terus menjadi barah pada kehidupan peribadi anda. Memang hidup bukan selamanya untuk tertawa tapi hidup juga bukan untuk selamanya menanggisi kelukaan. Hidup adalah suatu keseimbangan antara rohaniah dan jasmaniah, antara kegembiraan dan kelukaan.
Ketika berada dalam kesedihan atau terluka emosi kita selalunya jadi tidak stabil, fikiran jadi bercelaru. Seolah-olah ada sesuatu yang sangat menyesakkan dada hinggakan sukar untuk bernafas, terasa ingin menanggis dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Itu yang saya rasakan, anda mungkin merasakan yang berbeza dengan apa yang saya rasakan. Selalunya bila berada dalam keadaan ini, saya cuba menyibukkan diri dan tidak terlalu memikirkannya. Saya selalu memujuk hati saya supaya menjadi lebih kuat dan tenang. Satu yang menjadi pegangan saya selama ini ialah, 'semua yang ada di muka bumi ini hanyalah sementara, justeru segala kesulitan dan kelukaan juga bersifat sementara. Lambat-laun semuanya akan berakhir dan kembali normal' Hati kita perlu kuat, tenang dan redha menerimanya. Satu lagi, selalunya apabila berada dalam keadaan sedih, saya menghindarkan lagu-lagu bernada jiwang. Saya lebih suka mendengar lagu-lagu berentak rancak bagi mengubati kesedihan. Saya juga selalu menetapkan had bahawa segala kesedihan dan kelukaan yang saya lalui tidak boleh berlarutan untuk berbulan-bulan lamanya. Jadi bila sudah menetapkan tempoh masa 'berkabung' saya sedaya-upaya akan mencari jalan untuk melupakan segala kelukaan itu. Segalanya terpulang pada diri kita. Cara anda mungkin berbeza dengan cara saya tapi matlamatnya tetap sama iaitu untuk merawat hati yang terluka
02 June 2010
Isreal Laknat
Antara peristiwa yang menarik perhatian saya minggu ini ialah kekejaman rejim zionis Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara, kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Tindakan Israel benar-benar keterlaluan dan menimbulkan kemarahan seluruh dunia. Sudah sampai masanya seluruh bangsa Arab dan umat Islam keseluruhannya bergabung tenaga menentang kekejaman Israel. Israel dan Yahudi perlu diajar cukup-cukup di muka bumi ini.
Kadang-kadang saya sendiri merasa amat emosi bila melihat golongan kanak-kanak dan wanita turut menjadi mangsa kekejaman rejim zionis tersebut. Jika dibandingkan kanak-kanak di negara kita dengan kanak-kanak di sana, kanak-kanak di negara kita jauh lebih beruntung kerana mereka masih dapat hidup dengan aman tanpa diselubungi dengan ketakutan. Tidur kanak-kanak di sini lebih lena tanpa sebarang dentuman bom dan mortar berbanding dengan kanak-kanak di sana. Amat malang sekali bagi rakyat Palestin yang sejak berpuluh tahun dulu hidup tertindas di negara sendiri. Terlaknatlah seluruh Israel dan bangsa Yahudi, yang sebenarnya sebuah negara yang tidak diiktiraf, yang cuba merampas negara lain untuk mewujudkan negara mereka sendiri.
Agak lega sedikit bila mengetahui rakyat Malaysia yang turut berada dalam kapal itu selamat dan usaha membawa mereka pulang sedang diusahakan. Semoga semuanya berjalan lancar dan mereka selamat tiba di tanah air. Saya sangat memahami perasaan yang dirasai oleh seluruh ahli keluarga mereka. Tidak ada siapa pun yang tenang bila mengetahui nyawa saudara mara berada dalam keadaan genting ibarat telur dihujung tanduk.
16 May 2010
Perubahan Politik Sibu
24 April 2010
Kenapa & Mengapa?
19 April 2010
Kekuatan Kita Pada Doa
25 March 2010
Enggan Terima RM3.3juta

Isshh Siapa Lelaki ni?
Isshh ishh ada juga orang yang seperti ini rupanya, yang tidak menganggap wang adalah segala-galanya. Beliau menjelaskan tidak berminat dengan wang dan nama "Saya tidak memerlukan hadiah. Apa yang saya miliki sudah mencukupi." Apa yang dimilikinya hanyalah sebuah meja, kerusi dan katil dengan cadar kotor serta menghuni di sebuah flat yang kecil-sumber kosmo online
23 March 2010
Kadang-kadang.....

22 March 2010
Aku Ada Impian Part II
Impian aku:
- Aku mahu lakukan apa saja ikut suka hati aku - cakap ikut suka mulut aku
- Makan makanan yang tinggi kalori - aiskrim, kek, coklat, rendang, tomyam, sup tulang, asam pedas dan pelbagai lagi masakan yang lazat-lazat tapi berat badan tetap maintain dan kekal sihat
- Tidur dan bangun ikut suka hati
- Banyak masa untuk rilek sambil membelek majalah kegemaran - westika, cappellini, satini, devera dll sambil berbincang fesyen baju, kasut @ beg terkini dengan adik.
- Tidak perlu kerja teruk2 tapi duit sentiasa ada
- Shoping jadi amalan rutin
- Masuk pi dapur hanya bila perlu - bila perut menggigil kelaparan dan masa itu semua makanan ada tersedia atas meja.Tinggal ambil dan suap dalam mulut.
- Tengo TV 24jam sambil makan kacang, kuaci, keropok atau kueh & minum nescafe 3 in 1 dan rancangan tv semua best2 berkisar soal kehidupan dan kebenaran. Cerita jiwang2, buang jauh2.
- Tidak perlu belajar masak-masak
- Tidak perlu penat2 kemas rumah, biar rumah macam tongkang pecah nanti boleh masuk dalam oprah punya show
- Kredit telefon sentiasa ada jadi boleh buat panggilan keluar anytime
- Boleh surf internet, baca blog dan tulis blog tanpa gangguan line disconnect
11 March 2010
Selamat Pengantin Baru
Satu hari, setelah berbulan tidak memeriksa emel. Saya dapati ada emel darinya. Aduh! Ternyata dia tidak pernah jemu menghubungi saya. Kandungan emelnya "Kau benar-benar ingin melupakan persahabatan kita, saya add nama kau dalam list fb saya, please check and confirm my request" diikuti dengan icon kartun muka sedih. Rupanya dia tetap saja sahabat saya yang paling baik, yang tidak pernah jemu memujuk agar persahabatan ini kembali bertaut cuma saya saja yang selalu ego. Saya jadi tersentuh dengan segala cubaan yang dia lakukan selama ini untuk merapatkan kembali hubungan persahabatan kami. Akhirnya hati saya jadi lembut. Saya juga tidak ingin persahabatan ini berakhir. Untukmu sahabatmu, semoga kau berbahagia selamanya di sisi lelaki yang kau cintai.
Aku Jatuh Cinta
03 March 2010
Safiya Humairah Shari
Bila nafas si kecil telah terhenti, tangisan dan airmata sudah tidak memberi apa-apa makna. Meraung dan menanggis air mata darah sekalipun, si kecil tidak akan kembali lagi. Biarkan dia pergi dengan aman kerana itu bermakna derita yang ditanggungnya telah pun berakhir. Semoga roh si kecil tenang dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah untuk si kecil Safiya Humairah.
02 March 2010
Zaman Sudah Berubah
Kini pergilah ke kawasan kampung sekalipun, agak sukar untuk melihat permainan tradisi ini dimainkan oleh kelompok kanak-kanak di alaf baru ini. Permainan kanak-kanak di zaman IT telah mengalami perubahan seiring dengan perubahan teknologi yang sedang bertiup kencang. Mereka lebih selesa memilih permainan-permainan komputer seperti 'dress up,''the adventure of sinbad' dan banyak lagi. Dan bukanlah suatu yang asing apabila kanak-kanak sekolah rendah turut mempunyai akaun facebook dan blog sendiri.
Suatu yang agak menakutkan jika kanak-kanak ini dibiarkan tanpa pemantauan sewajarnya daripada ibu bapa. Ini kerana kanak-kanak ini sangat terdedah kepada ancaman jenayah cyber. Di ruang cyber, mereka bebas 'menemui' orang-orang yang tidak diketahui identitinya. Bahkan orang dewasa turut tidak terkecuali daripada ancaman jenayah cyber. Berhentilah daripada memberikan maklumat yang terperinci di dalam profile mana-mana akaun yang dibuka sama ada dalam facebook, friendster, myspace dan sebagainya. Malangnya, saya perhatikan ramai di antara rakan-rakan saya yang ghairah memberikan maklumat secara detail dari A - Z dalam akaun facebook masing-masing. Jangan sampai satu hari nanti identiti diri anda dicuri. Sebagaimana yang berlaku pada seorang wanita Australia yang kini hidup dalam ketakutan kerana identitinya telah digunakan oleh orang lain yang terlibat dalam pembunuhan komendar Hamas walhal beliau sendiri tidak tahu bagaimana indentitinya boleh dimiliki oleh orang lain. Beringat-ingatlah kecanggihan teknologi memungkinkan segala-galanya berlaku.